^___^


Saturday, December 31, 2011

wordless Sunday 2#


saya selalu buat benda ni..korg? hihi yang menjadi mangsa tentulah wani hazwanie & pijah adnan =p

Friday, December 30, 2011

hari ini hari Jumaat

Bismillah..

Salam Perjuangan semua^^

yup, hari ini hari Jumaat, Penghulu segala hari..

sedikit artikel utk dikongsi...


Semperna hari Jumaat yang mulia ini, aku ingin berbicara mengenai hari Jumaat dari pandangan aku. Mungkin sesetangah orang hari Jumaat adalah hari yang indah dan berkat. Mengikut Islam, hari Jumaat adalah permulaan hari dan banyak kelebihan pada hari Jumaat.

Dari perspektif biasa, siapa yang sukakan hari Jumaat?

  • Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah sebab cuti umum
  • Negeri lain, pekerja pasti suka sebab esok dah hari minggu. Cepat sungguh masa berlalu, rasa baru je Isnin dah Jumaat hari ini?
  • Pasangan suami isteri - pasti berseri-seri kerana mungkin berjaya membunuh setan
  • Sesiapa yang suka membeli belah di pasar masjid kerana banyak barangan yang di jual
  • Peniaga boleh berniaga berdekatan masjid. Ramai pengunjung yang singgah sementara hendak ke masjid. Moga murah rezeki peniaga.
  • Warga lelaki ke masjid kerana dapat makan pisang atau makanan lain. Jika di Masjid wilayah, kadang ada sediakan air, free sample produk pun ada.
  • Kepada yang nak balik kampung untuk jumpa keluarga atau suami/isteri, mesti tak sabar waktu balik kerja. Biasanya dah bawa beg siap-siap ke pejabat.. uhuhuhu
dan banyak lagi... boleh korang fikirkan?

Manakala dari perspektif Islam, Jumaat mempunyai kelebihanya seperti berikut:

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.


Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.


Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.



Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".


Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.


Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.


Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.

Sumber kelebihan hari Jumaat: hasrulmuin.blogspot.com 


Betapa banyak orang lalai dari amalan yang satu ini ketika malam Jum’at atau hari Jum’at, yaitu membaca surat Al Kahfi. Atau mungkin sebagian orang belum mengetahui amalan ini. Padahal membaca surat Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan (mustahab) di hari Jum’at karena pahala yang begitu besar sebagaimana berita yang dikabarkan oleh orang yang benar dan membawa ajaran yang benar yaitu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hadits-hadits yang membicarakan hal ini adalah sebagaimana di bawah. Semoga bermanfaat.
Hadits pertama:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)
Hadits kedua:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْن

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohihsebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)
Inilah salah satu amalan di hari Jum’at dan keutamaan yang sangat besar di dalamnya. Akankah kita melewatkan begitu saja. Disiplinkan diri, membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat, Insya Allah hidup kita sepanjang umur akan senantiasa diterangi cahaya.Semoga Allah selalu memberikan kita ilmu yang bermanfaat dan dimudahkan untuk beramal sholeh sesuai tuntunan Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.

sumber dari SINI dan SINI

Thursday, December 29, 2011

♥ nota hawa 2 ♥

Bismillah..

Salam imtihan buat sahabat semua yg telah, sedang dan akan menduduki final exam :) bittaufiq wannajah!



Alhamdulillah telah selamat kembali semula ke taman ilmu dan budi setelah 5 hari bercuti. even ada masa lagi seminggu sebelum paper first bermula iaitu pada 5 jan, tapi dah decide awal2 nak balik 5 hari je sebab lagi seminggu ni nak fokus pada study.hee so, balik umah pun berlenggang je tak bawak pape buku and memang dah set dalam kepala otak, balik ni nak sattle kan benda2 penting yang perlu segera dibereskan. serius penat! sape cakap nak kawin ni senang?? nampak mudah tapi preparation tue...haha nak rase cner bestnye buat preparation tue, mintak la kat parents kawin awal ye.=P

orang lain bz prepare untuk final exam, tapi kami bz prepare nak kawin. sampai tak rase langsung suasana nak final. padahal lagi seminggu je nak final.adeh. bak kate achik- exam tiap2 sem, tapi kawin ni skali je. insyaAllah.^^

okey,kali ni tetibe rase nak buat 'open diary'. untuk 5 hari yang pendek ni, banyak perkara yang telah dibereskan. rase macam nak cerite satu2. takpe kan? huhu


kat bawah ni saya senaraikan perkara2 penting yang dah dibereskan untuk persiapan walimah nanti:

26 disember 2011

1. pergi rumah maklong untuk bincang pasal pelamin bergambar dan segala aksesori bagai. pelamin xnak kerusi nak bantal je. xnak pelamin besar nak mini pelamin je sbb xnak bersanding tp nak bergambar je. ok, maklong ckp beres tp prob nye 1 je.....xdak kenderaan nak bwk 1 tiang yang pnjang tu.huhu pk punye pk, cakap kat maklong bawak je gune avanza ayah. turunkan seat depan smpai belakang. beres... x mengharapkan pelamin yang lawo dan ade perhiasan bagai pun. tapi dah orang nak buatkan, kite terima jela kan? ^__^ siap nak letak lampu2 bagai.hoho tq maklong! pintu gerbang pun bantai nak buat.hehe yang lain2 macam  sampin, tanjak, tiara, veil, bunga tgn, payung etc pun maklong dah settlekan. cume kasut je maklong suh beli sendiri coz takut xde saiz. lagi 1 tudung. mule2 nak pakai tudung satin. tapi maklong cakap nmpak macam berat sgt t coz baju n kain dah kilat. tiara n viel pun dah kilat t. so, maklong cakap pakai je macam tudung tunang hari tu. ok! ^^

2. ke rumah mak itam ani pulak untuk hantar baju suruh jahit. umi pun xsempat nak jahit2 baju ni. jahit langsir je sempat. so, umi pun buat muke kesian kat mak itam suh jahit baju yang 2 pasang ni. beres! hoho

3. ke kedai perabot untuk pilih set katil baru. almaklum la, sejak kecil gune katil yang 2 tingkat tue.so, kene la beli katil baru.hihi survey2 katil kat kedai cina tepi jalan tue. byk gak pilihan. harga pun chantek. =p pilih punye pilih akhirnye pilihan ayah jugak yang saya terima. pilihan umi macam orang tua.erk...betul la kan umi?=p

4. terus menuju ke segamat baru. untuk tempat kad jemputan. agak lewat dah sebenarnye ni tapi baru berkesempatan nak g tempah.huhu tapi masih punya masa lagi utk edarkan. yedok? :) disebabkan nak bt kad dlm kuantiti yang agak banyak, so saya cari harga yg betul2 berbaloi atau dipanggil kad bajet.=p bajet2 pun cantik ape ade bunga2 and kaler2. tak macam kat kedai 1 lagi tue. dah la 1 kaler je. kertas lak tersangat la nipis. x cantik mane lak tue.huh so, sape2 yang nak kawin t rajin2 la yek p survey 3 4 kedai nak tempah kad. jangan t menyesal. ^__~ dan saya sarankan agar tempah 3 bulan awal. baru selamat.huhu

5. then pergi ke jakel untuk beli tabir dan cadar bilik pengantin. memang kalo akhir taun jakel ni buat promosi giler2. tapi bg saya n umi, x giler2 pon. same je sebenarnye. penipu je lebih. taktik2.huh kadang2 sampai sakit hati tgk. letak harga cadar sampai RM1500. pastu bg potongan jdi RM500. nampak sangat la pedoohnye weh. nak tipu pun agak2 la. seb bek la umi ni cerdik. umi cakap paling2 kurang pun dyorang dapat untung 20 30 ringgit gak sebenarnya. org berniaga....huhu nak kate harga lagi murah tak jugak. taun lepas umi beli kain langsir jersi bunga semeter RM1.75. tapi kelmarin beli RM1.95 semeter. murah pekebendanye 2??huh 

sejak kcik lagi,sejak jakel tu ade 1 cawangan je kat segamat sebelum cawangan kuantan, kl, shah alam etc ade, saya dah selalu g jakel tu. umi pun minat sangat g jakel.ingat lagi mase tue kedai dy kat tapak panggung wayang lama. pastu baru la kat kedai baru sekarang. gedung dy yang dekat jalan otw g muar pun kitorang da penah g.huhu tp sejak 3 4 taun ni kalo baju raya je dah x beli kat jakel. kainnya 2 sebenarnya x bape nak elok pon. (tetibe sakit hati sgt ngan jakel) isy3. mintak maaf yek jakel. naseb bek la saya x keje kat c2 pas spm dulu.hehe

last2 x beli pun cadar. beli kain tabir je.hehe bijaklah dalam membuat pilihan ye kawan2. nak puas hati, xyah beli kat situ. harga dy x berbaloi pun sebenarnya. dah tau sgt taktik dyorang. kat kedai len pun same tp xdela obvios sgt cam kat situ.huhu nak puas hati beli kat dalam katalog. mcam oli ke, beethoven ke. hehe tapi terpulanglah pada individu. ^_^

banyak pulak membebel bab ni. cerewet!hoho

hari seterusnya...

27 disember 2011

1. pergi ke pejabat agama muadzam shah 4 ambik borang kebenaran bernikah. macam2 salinan gak dy mintak. almaklum la..anak sulung.hehe dan orang tue suruh anta balik borang tue untuk dy chek sebulan sebelum tarikh nikah. sempat la nak anta lepas final ni dgn borang achik skali. =)

2. terus pergi ke hospital muadzam shah 4 ujian saringan hiv. buat dekat klinik ibu dan anak sebelah klinik gigi. x sampai 10 minit pun isi borang n amik darah, dah siap! nurse 2 bg dlm sampul lg resultnye. tapi dy x kasi bukak plak. SULIT! orang pejabat agama je bleh bukak. huh

3. pergi kamila enterprise (tunggu dlm kete sampai kedai 2 bukak.hoho) untuk beli cadar pengantin. tengok yg dah ade kat kedai tue x byk sgt pilihan. tgk dlm katalog baru la byk pilihan. chantek2! cantik la dri kat jakel semalam. harga pun berpatutan dari jakel.huhu siap dapat tabir n kelambu percuma lagi 2! excited la hari 2 pilih dgn umi. macam umi lak yg nak kawin.hihi umi pun cerewet gak sebenarnya bab2 cadar ni.=p tapi cadar 2 kene order dulu yek. xde kat kedai.hee~


bukan cadar yang ini ok.ni just contoh cadar yg ade kat kedai tu..cantik, tp agak serabut kan ropol2 dy?

4. malam 2 kene kemas n kosongkan almari baju. baju2 yg xnak gune da umi nak simpan kat rumah sementara. bilik 2 pun nak kene kosongkan b4 1hb ni sbb katil baru akan sampai. sume 2 keje2 abang & ejam lah yek. (>.<)

ok, untuk hari last..semalam..

27 disember 2011

pagi2 lagi umi dah ajak tgk rumah kondo kuarters guru untuk rumah sementara nanti. rumah yg sekarang ni akan dirobohkan awal bulan 3 nnt.huhu terpaksa la staff2 felda ni mencari rumah sementara masing2. nasib la umi ni cikgu. senang la sket nak dapat kuarters guru. :) tengok rumah yang kosong 2 ok la jgak cz tgkat bawah sekali. tapi kalau nak lagi selesa kene cat la dinding 2 especially kat bilik air. erk! nak masuk pun takut u.. suruh umi cari rumah kondo yang lain yang xde rosak2. mintak2 la dapat. rumah cikgu mahathir ke...^^

sekian dulu untuk update kali ini. ada masa nnt update lagi. =)

agak ramai sebenarnya kawan2 sekolah yg xtahu saya dah bertunang. maaf yek kawan2. saya memang x hebohkan kat kalian semua. just bgtaw yg rapat2 je. kawan2 uia je sume dah taw. sume ke? agak la..bile mami jarum uia dah bukak crite..hoho

pasal tarikh rasmi walimah tue saya akan bgtaw lepas final nnti yek. sekarang kene fokus pada final dulu......

doakan semoga segala urusan dipermudahkanNYA ye...Ameen~

wassalam~

notahawa: tahniah kepada fini & sinuna atas pertunangan kalian. kita dah geng skrg. :)
                   tahniah juga kepada kak nad, khairana & bihah yg akan bernikah lepas final ni. ^__^
                   sanah helwah buat ELLANI ELYAS!!!
naylinawwarah
29 disember 2011
8.15 am     
mahallah safiyyah 
taman ilmu & budi

Friday, December 16, 2011

2 bulan 2 hari

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam Jumaat semua (^_^)

dengan nama ALLAH aku serahkan jiwaku hartaku dan agamaku (kepadaNYA),
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Jadikan aku redha dengan keputusanMU,
berikanlah keberkatan terhadap apa yang ditakdirkan bagi diriku,
sehingga aku tiada lagi menginginkan penyegeraan apa yang Engkau tundakan,
dan tiada pula penundaan apa yang Engkau segerakan.
~Ameen Ya Rabb~

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
telah selesai segala asignment & presentation utk sem ini
terlepas sedikit beban di kepala
final exam pula menanti tiba
semoga segala urusan dipermudahkanNYA
Ameen.

jadual final exam sem ni:

5 jan : tadwin assunnah
8 jan : dirasah fi surah al-mukhtarah 
10 jan : ayat al-ahkam
12 jan : intro to psychology
14 jan : rasok

yang perlu dibereskan segera!:

tasmik lagi 2 surah,
siapkan scrap book ayat al-ahkam

#sabarmenantidetikitu#
naylinawwarah
16122011
1.48 pm

Monday, December 5, 2011

think b4 u speak!





kita tak boleh nak tutup mulut orang..

orang pun tak boleh nak tutup mulut kita..

kan???

jadi pengajarannya disini

jagalah mulut masing-masing ye...

berfikir dulu sebelum berkata-kata,

agar orang lain tak terasa dengan kita..:)

terlajak perahu boleh berundur,

terlajak kata????



dan lagi 1 nak tekankan kat sini,

untuk peringatan diri dan anda semua,

bersangka baiklah kamu pada orang setiap masa...

"husnu zonn"

wALLAHualam~

#bukansenangnakpuaskanhatiorang#




Sunday, December 4, 2011

4 years ago..


Bismillah...

oh, ini pic zaman budak2...

4 taun lepas...

telah menjadi memori kini...

miss sgt2 mereka..♥

susahnye nak gather same2 da skrg..huhu

yang mane saya??

tentula yang bulat & redah itu!!wahaha =p

Saturday, December 3, 2011

RoBoH??





betul ke nak kene roboh???huhu

Friday, December 2, 2011

♥ nota hawa 1 ♥




5 bulan yang lalu....

Maklong keluar dari kamar mengiringi Hawa menuju ke ruang tamu. Penuh. Tetamu dan saudara-mara penuh mengelilingi ruang tamu kecil itu. Hawa terkesima. Dia berjalan perlahan mengambil tempat ditengah ruang tamu kecil itu. Hati berdebar jantung berdegup kencang. Hawa duduk bersimpuh ditengah orang ramai itu. 

Kemudian datang seorang MAKcik duduk dihadapannya. Ya inilah dia. Hawa tunduk malu. Pertama kali menatap wajah bakal ibu keduanya. Kemudian muncul pula seorang wanita menghulurkan bekas cincin kepada MAKcik. owh, ini rupanya kakngah. Hawa pernah menatap wajahnya di FB. kakngah bakal kakak iparnya merangkap 'geng' barunya :) 

Hawa menghulurkan tangan kanannya kepada MAKcik. Terketar-ketar tangan Hawa. Jelas dan semakin jelas. Dicampur pula dengan seram sejuknya. Hawa2. MAKcik mengambil cincin dan menyarungkannya ke jari manis Hawa. 

'' muat pun,'' ungkap MAKcik dengan senyuman. Alhamdulillah, nasib baik muat cincin tu. cincin khas untuk Hawa yang dipilih oleh MAKcik dan kakngah tanpa di acu oleh empunya diri terlebih dahulu. Sungguh cantik!

Kakngah telah pun kembali ke tempat duduk asalnya dari tadi. Hawa bersalaman dengan MAKcik. Diciumnya pipi MAKcik. ''tahniah.."(:

Kelihatan pula gadis kecil molek sekecil Hawa disebelah MAKcik. Dirakamnya kejadian yang berlaku sebentar tadi. Hawa pasti inilah dia Diknor. Mirip wajah Achiknya. Dia melambai ke arah Hawa. Hawa tersenyum sambil malu-malu kambing. Hihi.


Hawa kaku. Tidak bergerak tetapi menoleh kesebelah kiri. Kelihatan sahabatnya sibuk mengambil gambarnya. Kemudian seseorang berkata kepada Hawa. '' pergi salam...'' owh, Hawa tersedar dari lamunan. Cepat-cepat Hawa menuju ke arah tetamu jauh yang hadir untuk bersalaman.

'' Saya kakak Adam...tahniah ye.." 

Kaklong. Hawa bersalaman dengan Kaklong kakak sulung Adam. Pertama kali menatap wajah kaklong. Agak takut kerana Adam pernah memberitahu yang kaklong tegas! Hawa melemparkan senyuman ke arah kaklong. Kemudian disalamnya tetamu2 jauh yang hadir. 'Mereka pasti adik-beradik MAkcik kerana wajah mereka saling tak tumpah wajah MAKcik.' Hawa bermonolog. 

Sehinggalah sampai kepada tetamu jauh yang akhir sekali, kakngah. Kakngah menatap wajah Hawa bakal 'geng'nya. Hawa tersenyum. ''tahniah ye..'' ujar kakngah.

kemudian Hawa berjalan menuju ke arah saudara mara nya. Disalamnya seorang demi seorang. Dilihatnya mata mereka. Merah! Hawa bersalaman pula dengan atok dan tokmak. Juga merah mata mereka berdua. Owh, tolonglah..tolonglah Hawa. kau kene kuat. Ini baru sebuah ikatan janji. kalau kau mahu menumpahkan titisan-titisan itu, tunggulah sehingga hari bersejarahmu!

''Kita ada permintaan dari pihak perempuan ye. Nak minta yang lelaki masuk ke dalam. Ramai yang nak kenal'' Pak Imam tiba-tiba bersuara.

'oh, saudara-mara ku ini. tak sabar-sabar!' hati besar Hawa bersuara :)

Di beranda luar, Adam yang sedang meninjau-ninjau ke dalam rumah tiba-tiba kaget. Ambik kau. Sape suruh mengintai. Kan dah kene masuk.huhu

Adam dengan penuh machonya masuk ke dalam rumah. Nasib baik tak pengsan je. ^__^ Tak pernah-pernah yang lelaki masuk ke dalam rumah. Masa abangnya bertunang dulu pun tidak disuruh masuk ke dalam rumah. Tapi kali ni betul-betul lain.

Seisi rumah memandang ke arah lelaki bermuka garang itu. Berkopiah putih berbaju kemeja raihan hijau muda. Agak berisi. Hehe. Hawa pula hanya tertunduk malu.=p 

Tangan di tadah. Alunan doa dibaca oleh imam dan diaminkan pula oleh seisi rumah memohon keberkatan majlis pada petang itu. Angin bertiup kencang. Titisan-titisan hujan pula mula membasahi bumi. 

image from goggle

Satu janji telah diikat~

besambung...

Thursday, November 17, 2011

7 bulan (kurang sejam yg lalu)


Bismillah..

40 minit yang lepas....

16 november 2011....

7 bulan lagi....

diknor pula telah selamat mendaftar di uitm shah alam...

selamat berorentasi dan selamat belajar ye.. jgn nangis sokmo! =)

asgmnt tadwin setel!

asgmnt rasok x sampai sejam yg lalu setel!

1 more paper to go..tadwin assunnah....

aja2 fighting!

asgmnt ayat ahkam menanti!

alhamdulillah xkne present psycho mlm sok selepas semangat cabut undi...hoho

trime kasih achik utk dunkin donut a.k.a kuih yg byk 2..hee

trime kasih mak utk biskut jacob 1 tin n sabun basuh attack..(xmalu tul kan?. amik yg besar2 je.hee)

trime kasih Ya Allah atas nikmat yg Kau kurniakan...aku bersyukur..

dan untuk sepanjang hari ini...♥

dan sepanjang minggu ini...letihpenatlelah +_+

^___^ Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buatmu...TAWAKAL REDHA~

wallhualam~


Monday, November 14, 2011

R.a.S.o.K

Bismillah walhamdulillah..:)

telah selamat pulang ke UIA sehari awal..

kerana terlibat dgn prgrm CARING DAY..

fes prgm caring yg saya join setelah sekian lama m'dftarkan diri dlm caring club..hak3

Alhamdulillah semalam berakhir dgn jayanya..

enjoy n very hepi wif da prgm...(tgk la sape PM nye..hoho)

n today i have 1 midterm n 1 quiz..both of them sbjek RASOK..

bukan kene rasuk tp nameNYE Revelation as a Source Of Knowledge..

hopefully dapat jwb dgn baik even x habis bace lgi ni..huhu

and....asgmnt RASOK x siap lagi...due date nye minggu ni ok!

saya x paham nak buat cner..huhu tajuknye cam susah..tp x susah kalo.....hehe

ok, btw semoga hari ni adalah lbih baik dri semalam..

bittaufiq wannajah!

wassalam~ (^__^)

teringat kat ''syafi'a''..semoga adik menjaganya dgn baik..hoho

Saturday, October 29, 2011

exam mood..


 (31) dirasah fi surah al-mukhtarah ,(1)  ayat al-ahkam , (2) intro to psychology

#Rabbi yassir wala tu'assir Ya ALLAH#

(4) home sweet home

#salam aidiladha#



Monday, October 17, 2011

preparation n_n


first sekali of kos prepare 4 exam midterm...+__+

second??


masih dalam pertimbangan...tettt....


dan sekarang, dah xleh nak bersuka suki bersenang lenang mcm kwan adik kat atas ni..huhu

wish me luck ok..

wallahualam..

Sunday, October 16, 2011

-8months-

Bismillah..

entry ke-2 utk pagi yang indah ini..

acik..

8 bulan lagi yang perlu kita harungi..

semoga kita sama2 kuat utk meharungi setiap ujian dari NYA..

3 bulan yang kita telah lalui ini benar2 menduga kita..

Alhamdulillah, kita x cepat melatah..

malah masih mampu tersenyum walaupun kene marah.. ^_^

''sabar itu indah".. ♥

-monolog sepi-

Bismillah..

monolog sepi tiba2 menerjah..

bagai ilham yang mencurah2..

dari sekeping hati yang resah gelisah..


kadang2 kita x dapat apa yang kita mahu..

kadang2 Allah bagi kita lebih dri apa yang kita mahu..

kadang2 Allah bagi sedikit saja dari yang kita mahu..

maka, terimalah segala yang kita perolehi dgn penuh rasa syukur..

kerana DIA Maha tahu apa yang terbaik buat kita..

lapangkanlah dada..

positifkan minda..

yakinlah duhai jiwa..

pasti ada yang terbaik buat kita...

dan ingatlah..

SABAR itu kuncinya!!



setiap manusia punyai pendirian masing2...

namun kadang2 kita xmampu utk tegakkan pendirian kita itu..

adakah kita telah menzalimi diri kita????

aduhai diri..

maafkan diriku..

andai telah menzalimimu..

tapi...kita juga x boleh utk pentingkan diri kita sendiri..

 kerna kita perlu utk melihat orang disekeliling kita..

kita perlu menjaga hati2 mereka..

walau hati kita yang terluka..

biar 1 hati yang terluka..

kerana ia lebih baik dari 10 hati yang kita sayangi terluka 

disebabkan diri kita..

aku x punya kekuatan..

untuk melawan..

kerana aku sudah cuba utk pertahankan..

segala pendirian yang inginku tegakkan..

mungkin jua ini takdir dan suratan..

yang perlu ku jadikan pengajaran..

buat bekalan dihari kemudian..



notahawa: sedang dan cuba berlapang dada dgn setiap ujianNYA..kerna aku yakin tersirat seribu satu hikmah dari NYA..K.U.A.T!

-tikah as-
mahallah safiyyah

Wednesday, October 12, 2011

midterm

Bismillah..

Alhamdulillah, diberi kesempatan utk menulis seketika walaupun keje belambak-lambak lagi tak siap. kalau boleh ditimbang berat keje yg tak siap tue, ade la lebih kurang berat achik kot=p hehe

owh, saya terasa sedikit tertekan hari ini sebab dah dapat jadual midterm. tinggal 1 subjek je lagi yang xtaw. saya sgtla x suke bile exam berderet-deret. tapi sekali lagi saya terpakse harungi selepas final sem 2 dulu.huhu

jadual midterm setakat ni. xsure. mgkinkah ade perubahan?

18 oct- tadwin assunnah
31 oct- dirasah
1 nov- ayat al-ahkam
2 nov- psychology
?????- rasok

saya berazam nak stdy awal sem ni. (berkobar2 semangat ni =p). sejauh mane keawalannye 2 saya x pasti.huhu kuat betul penyakit malas ni..aduyai. +_+ saya nak jadi rajin mcm awak acik. cmner yek? ^__^
tapi saya xrajin la nak berjalan g study kat cafe yg 'senyap sunyi' 2.haha tapi kalo g library 2 inshaALLAH. :)

"belajar itu amanah. awak pula anugerah " ♥

kesimpulannya, mari kita sama2 study dari sekarang dgn penuh rasa tanggungjawab dan menghargai apa yang kita telah miliki dengan penuh rasa bersyukur. aku bersyukur dikurniakan kamu.

wassalam~


notahawa: 


1. terkejut, sedih, terkesima mendengar kisah ustazah saya siang tadi.:( permudahkan urusan kami ya ALLAH. jauhkan kami dari segala malapetaka atau keburukan. lindungilah kami ya ALLAH..


2. orang cakap kalau stress makan coklat byk2. saya da bli byk coklat kat coklat fair buat bekalan.:)


3. #8bulan4hari#

Monday, October 10, 2011

-1 buku sebelum mati-

- ini entry tertunda- n_n



Bismillah walhamdulillah...

kelmarin telah diberikan kesempatan untuk menghadiri program SERUMPUN - seminar penulisan utk putra putri nusantara 'melangitkan karya membumikan cinta'..

penghargaan yg x terhingga buat insan yg telah mengajak dan men'sponsor' tiket ke program ini.. syukran banyak2.. semoga dibalas kebaikan :)


peluang untuk berjumpa dgn penulis2 ternama seperti mereka2 diatas bukanlah 1 peluang yg mudah saya kira.   dan peluang ini telah digunakan sebaiknya oleh sahabat2 yg mencintai bidang penulisan (termasuk saya ) kelmarin. Alhamdulillah.. sungguh bermanfaat!

 taktala kaki melangkah pergi meninggalkan moot court aikol mlm kelmarin, munculsemangat yg baru utk terus terus dan terus menulis. berkobar2 didalam hati ini utk terus menulis walaupun idea yg ada hanya seciput cuma..^^

namun idea yg seciput itu mustahil tdk akan menjadi seluas lautan bukan?? kembangkanlah ia, luaskanlah ia seluas2nya..inshaALLAH

sangat terkesan dan berbekas dihati ini dgn kata2 mereka:

NO EXCUSE,tidak ada orang yang MALAS tetapi hanya tidak TERMOTIVASI-AsmaNadia

you are what you WRITE-bunda Helvy

BERANI untuk bermula, jangan sesekali tunggu SEMPURNA-Fatimah Sharha

3M- menulis, menulis dan terus menulis- Pak Alwi

------------------------------------------------------------------------------------------------------

-1 BUKU SEBELUM MATI-

buat masa skrg masih belum mampu utk membuat buku. selangkah baru bermula. perlu menelusuri ribuan langkah. inshaAllah akan terhasil nanti ^^

SIBUK! 

utk terus menulis dan menulis, tdk ada perkataan SIBUK dalam kamus kehidupan. walau sesibuk mana anda, perlu juga mencuri masa utk menulis. sangat terkesan dgn kata2 kak ha tempoh hari.huhu malu pada ulama2 yg telah menghasilkan berjilid2 buku sedangkan mereka lagi sibuk dari kita.

benar, kekangan masa mnyebabkan saya x punya masa utk menulis. tapi saya akan terus utk menulis. x boleh dimatikan minat ini begitu saja.. :(

terima kasih yg x terhingga buat kamu yg sentiasa mendorong. :)

inshaALLAH akan terus menulis. sebab dah jumpa blog inspirasi! (cari la ea kat nota2 inspirasi)

jumpa dilain waktu ^__^

wallahualam~

notahawa - #nakpergistabaz#

Tuesday, October 4, 2011

s.a.y.a

Bismillah...

saya suka baca blog org...

saya suka bt blogwalking...

saya suka bace cerita2 org..

lagi2 blog yg 'married student'..hoho

tp kepala otak dah berangan2 nak jadi cam dyorang..dush3

saya jeles tgk kawan2 ada blog...

maka saya pun nak buat blog jugak..

skrg saya dah ade blog...

suka sangat2..

dah 2 taun saya ade blog...

tapi kejap bukak kjap tutup...

kejap ade smgt kejap down...

TERUKNYA saya...  :(

xpenah nak konsisten...huh

kali ni berangan lagi...

nak bukak blog yg da 3 bulan 'berehat'..

nak tulis n kongsi cerita..

tpi saya takut...

cerita saya membuatkan saya jdi riak...nauzubillah..

dan fitnah pun muncul... nauzubillah..

tp niat saya bukan itu...bkan utk berbangga atau riak..

tp sekadar ingin dijadikan perkongsian...

perkongsian yg bermanfaat dan bermakna..

tp... tp lagi...

mampukah saya? :(

itulah saya...

wallahualam~

notahawa : #kenapasayamalas???#

Monday, October 3, 2011

header baru saya ^^


Bismillah...

nmpk x gmbar kat atas 2??

2 la header baru saya yg sgt simple~

bak kate laen, header org malas... toink2~

masih kekalkan name nayli nawwarah - 'pencapaianku yg bercahaya' ^_^

lebih cenderung utk menulis entry yg pendek & padat inshaAllah...

akan berusaha utk mencuri2 masa menulis disebabkan ada komitmen lain pada 1 lagi 'blog'..hee~

berusaha utk menjadi lebih matang dalam penulisan (xsabar nak g program SERUMPUN next week) :)

akhir kalam, selamat menghadapi tempoh 'mencabar' ini dgn jayanya NAYLI NAWWARAH...

~mungkin Dia mahu kita menitiskan air mata kesedihan sekarang kerana Dia mahu kita menitiskan air mata kegembiraan dimasa hadapan~

notahawa: #8monthstogo#

Sunday, October 2, 2011

~kembali ber'blogging'~

Bismillah..

Salam 'alaik..

Alhamdulillah, akhirnya saya dibukakan pintu hati utk terus kembali...

kembali utk BERBLOGGING..


setelah 3 bulan berehat..hoho

semoga terus THABAT inshaALLAH..

notahawa: #dalamhatiadataman#


Tuesday, June 21, 2011

♥ Alhamdulillah ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Tiada perancangan yang lebih indah melainkan perancanganMU..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Tiada kata yang mampu ku ucap melainkan itu..

syukur yang teramat sangat.. ^^

sebelum berbicara panjang, nak maklumkan disini.. baru hari ni terbuka balik hati utk menulis utk entah sekian brapa lama x menulis dan dibiarkan laman ini 'private'..huhu

mungkin kerana hati ni terlalu meloncat-loncat kegembiraan pabila mendengar khabaran ummi pagi tadi..toink2 =p

sesuatu yang tidak ku sangka dan tidak ku duga terjadi dalam sekelip mata...

Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan olehNYA... 

tidak mampu ku ungkapkan kegembiraan itu disini lagi.. mungkin belum tiba saatnya kerana perlu menunggu dipihak sana.. insyaAllah semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang..ameen~

mungkin tarikh '21' akan menjadi tarikh keramat???hehehehe.. dun know..

buat wani hazwanie...terima kasih yg x terhingga atas jasa dan pengorbanan mu..ahaks!

jasamu akan ku kenang selalu..lalalala~ ;)

akhir kalam, terima kasih,syukran jazilan, thank you ummi ayah atas restu dan izin kalian..( terharu..huhu )

wassalam~


library iium,
gombak,
21 JUN 2011..

Thursday, May 19, 2011

'aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu.. jika hilang agamamu,maka hilanglah rasa cintaku padamu...'

wanita manakah yang tidak mendambakan seorang pejuang risalah rasulullah ?
yang bisa membisukan para musuh islam dengan kalimah 'lailaha illallah muhammadur rasulullah'..
seorang rijaluddeen yang sanggup menggadaikan segala-galanya demi menegakkan islam ! inilah yang dicari..inilah yang dinanti..






'aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu..
jika hilang agamamu,maka hilanglah rasa cintaku padamu...'


Bismillahirrahmanirrahim~
1 message received..




enti...
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti
hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti,
tapi,ana selalu tersenyum didalam hati
agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin disarungkan di jari,




bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada enti,
tetapi ana sering mendoakan agar suatu hari nanti,
ana tidak perlu bertanyakan dan ana sentiasa merasai.
di hari-hari yang pasti,,

bukan ana tidak mahu bercakap dengan enti,
tapi,ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
tika mana ana dan enti bukan lagi 'ana' dan 'enti'
di hari-hari yang pasti..




bukan ana tidak mahu berchatting dengan enti,
tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti..
di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dengan enti,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
tika itu,mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati waktu ini..




bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tapi ana bimbang wajah ini tidak akan memberikan senyuman di setiap pagi 
di hari yang pasti,,

bukan ana tidak mahu memandang senyuman enti,
tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu
di hari-hari yang pasti..

enti yakinlah!
percayalah...




bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa ana kepada rindu illahi
kerana ianya bukan hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak ingin mengatakan ana mencintai enti..
tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta Ana pada illahi..
kerana ianya bukan pada hari-hari yang pasti..

kerana ia bukan di hari-hari yang pasti,
ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati.
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILLAHI..



enti,
intailah sebentar hari-hari yang pasti..
tika itu,andai ana jatuh,enti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan..
tika ana kesedihan, enti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan..
tika ana keseorangan, entilah teman..
tika ana kelalaian,entilah yang mengingatkan..tika itu..ana dan enti..
bukanlah 'ana dan enti' lagi.
kerana,,

ia adalah hari-hari yang pasti..
berdoalah untuk hari-hari yang pasti,
hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...




moga kita dipertemukan nanti,dihari-hari yang pasti,seperti yang ALLAHU RABBI telah janji..
bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati dihari-hari yang tidak pasti..

pasti...! yakinlah.. Allah sangat-sangat penyayang!! moga kita semua

dibukakan pintu hati..

untuk anta2 dan enti2 sekalian...

"ya Allah,andai aku rindu,biarlah rinduku bersulam taqwa.Andai aku sayang,biarlah sayangku kerana dakwah! 
aminnnnn"~ *hanya Allah yang tahu*
 


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya 
kasih Allah"



sumber:disini ^^