^___^


Saturday, December 31, 2011

wordless Sunday 2#


saya selalu buat benda ni..korg? hihi yang menjadi mangsa tentulah wani hazwanie & pijah adnan =p

Friday, December 30, 2011

hari ini hari Jumaat

Bismillah..

Salam Perjuangan semua^^

yup, hari ini hari Jumaat, Penghulu segala hari..

sedikit artikel utk dikongsi...


Semperna hari Jumaat yang mulia ini, aku ingin berbicara mengenai hari Jumaat dari pandangan aku. Mungkin sesetangah orang hari Jumaat adalah hari yang indah dan berkat. Mengikut Islam, hari Jumaat adalah permulaan hari dan banyak kelebihan pada hari Jumaat.

Dari perspektif biasa, siapa yang sukakan hari Jumaat?

  • Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah sebab cuti umum
  • Negeri lain, pekerja pasti suka sebab esok dah hari minggu. Cepat sungguh masa berlalu, rasa baru je Isnin dah Jumaat hari ini?
  • Pasangan suami isteri - pasti berseri-seri kerana mungkin berjaya membunuh setan
  • Sesiapa yang suka membeli belah di pasar masjid kerana banyak barangan yang di jual
  • Peniaga boleh berniaga berdekatan masjid. Ramai pengunjung yang singgah sementara hendak ke masjid. Moga murah rezeki peniaga.
  • Warga lelaki ke masjid kerana dapat makan pisang atau makanan lain. Jika di Masjid wilayah, kadang ada sediakan air, free sample produk pun ada.
  • Kepada yang nak balik kampung untuk jumpa keluarga atau suami/isteri, mesti tak sabar waktu balik kerja. Biasanya dah bawa beg siap-siap ke pejabat.. uhuhuhu
dan banyak lagi... boleh korang fikirkan?

Manakala dari perspektif Islam, Jumaat mempunyai kelebihanya seperti berikut:

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.


Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.


Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.



Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".


Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.


Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.


Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.

Sumber kelebihan hari Jumaat: hasrulmuin.blogspot.com 


Betapa banyak orang lalai dari amalan yang satu ini ketika malam Jum’at atau hari Jum’at, yaitu membaca surat Al Kahfi. Atau mungkin sebagian orang belum mengetahui amalan ini. Padahal membaca surat Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan (mustahab) di hari Jum’at karena pahala yang begitu besar sebagaimana berita yang dikabarkan oleh orang yang benar dan membawa ajaran yang benar yaitu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hadits-hadits yang membicarakan hal ini adalah sebagaimana di bawah. Semoga bermanfaat.
Hadits pertama:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)
Hadits kedua:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْن

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohihsebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)
Inilah salah satu amalan di hari Jum’at dan keutamaan yang sangat besar di dalamnya. Akankah kita melewatkan begitu saja. Disiplinkan diri, membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat, Insya Allah hidup kita sepanjang umur akan senantiasa diterangi cahaya.Semoga Allah selalu memberikan kita ilmu yang bermanfaat dan dimudahkan untuk beramal sholeh sesuai tuntunan Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.

sumber dari SINI dan SINI

Thursday, December 29, 2011

♥ nota hawa 2 ♥

Bismillah..

Salam imtihan buat sahabat semua yg telah, sedang dan akan menduduki final exam :) bittaufiq wannajah!



Alhamdulillah telah selamat kembali semula ke taman ilmu dan budi setelah 5 hari bercuti. even ada masa lagi seminggu sebelum paper first bermula iaitu pada 5 jan, tapi dah decide awal2 nak balik 5 hari je sebab lagi seminggu ni nak fokus pada study.hee so, balik umah pun berlenggang je tak bawak pape buku and memang dah set dalam kepala otak, balik ni nak sattle kan benda2 penting yang perlu segera dibereskan. serius penat! sape cakap nak kawin ni senang?? nampak mudah tapi preparation tue...haha nak rase cner bestnye buat preparation tue, mintak la kat parents kawin awal ye.=P

orang lain bz prepare untuk final exam, tapi kami bz prepare nak kawin. sampai tak rase langsung suasana nak final. padahal lagi seminggu je nak final.adeh. bak kate achik- exam tiap2 sem, tapi kawin ni skali je. insyaAllah.^^

okey,kali ni tetibe rase nak buat 'open diary'. untuk 5 hari yang pendek ni, banyak perkara yang telah dibereskan. rase macam nak cerite satu2. takpe kan? huhu


kat bawah ni saya senaraikan perkara2 penting yang dah dibereskan untuk persiapan walimah nanti:

26 disember 2011

1. pergi rumah maklong untuk bincang pasal pelamin bergambar dan segala aksesori bagai. pelamin xnak kerusi nak bantal je. xnak pelamin besar nak mini pelamin je sbb xnak bersanding tp nak bergambar je. ok, maklong ckp beres tp prob nye 1 je.....xdak kenderaan nak bwk 1 tiang yang pnjang tu.huhu pk punye pk, cakap kat maklong bawak je gune avanza ayah. turunkan seat depan smpai belakang. beres... x mengharapkan pelamin yang lawo dan ade perhiasan bagai pun. tapi dah orang nak buatkan, kite terima jela kan? ^__^ siap nak letak lampu2 bagai.hoho tq maklong! pintu gerbang pun bantai nak buat.hehe yang lain2 macam  sampin, tanjak, tiara, veil, bunga tgn, payung etc pun maklong dah settlekan. cume kasut je maklong suh beli sendiri coz takut xde saiz. lagi 1 tudung. mule2 nak pakai tudung satin. tapi maklong cakap nmpak macam berat sgt t coz baju n kain dah kilat. tiara n viel pun dah kilat t. so, maklong cakap pakai je macam tudung tunang hari tu. ok! ^^

2. ke rumah mak itam ani pulak untuk hantar baju suruh jahit. umi pun xsempat nak jahit2 baju ni. jahit langsir je sempat. so, umi pun buat muke kesian kat mak itam suh jahit baju yang 2 pasang ni. beres! hoho

3. ke kedai perabot untuk pilih set katil baru. almaklum la, sejak kecil gune katil yang 2 tingkat tue.so, kene la beli katil baru.hihi survey2 katil kat kedai cina tepi jalan tue. byk gak pilihan. harga pun chantek. =p pilih punye pilih akhirnye pilihan ayah jugak yang saya terima. pilihan umi macam orang tua.erk...betul la kan umi?=p

4. terus menuju ke segamat baru. untuk tempat kad jemputan. agak lewat dah sebenarnye ni tapi baru berkesempatan nak g tempah.huhu tapi masih punya masa lagi utk edarkan. yedok? :) disebabkan nak bt kad dlm kuantiti yang agak banyak, so saya cari harga yg betul2 berbaloi atau dipanggil kad bajet.=p bajet2 pun cantik ape ade bunga2 and kaler2. tak macam kat kedai 1 lagi tue. dah la 1 kaler je. kertas lak tersangat la nipis. x cantik mane lak tue.huh so, sape2 yang nak kawin t rajin2 la yek p survey 3 4 kedai nak tempah kad. jangan t menyesal. ^__~ dan saya sarankan agar tempah 3 bulan awal. baru selamat.huhu

5. then pergi ke jakel untuk beli tabir dan cadar bilik pengantin. memang kalo akhir taun jakel ni buat promosi giler2. tapi bg saya n umi, x giler2 pon. same je sebenarnye. penipu je lebih. taktik2.huh kadang2 sampai sakit hati tgk. letak harga cadar sampai RM1500. pastu bg potongan jdi RM500. nampak sangat la pedoohnye weh. nak tipu pun agak2 la. seb bek la umi ni cerdik. umi cakap paling2 kurang pun dyorang dapat untung 20 30 ringgit gak sebenarnya. org berniaga....huhu nak kate harga lagi murah tak jugak. taun lepas umi beli kain langsir jersi bunga semeter RM1.75. tapi kelmarin beli RM1.95 semeter. murah pekebendanye 2??huh 

sejak kcik lagi,sejak jakel tu ade 1 cawangan je kat segamat sebelum cawangan kuantan, kl, shah alam etc ade, saya dah selalu g jakel tu. umi pun minat sangat g jakel.ingat lagi mase tue kedai dy kat tapak panggung wayang lama. pastu baru la kat kedai baru sekarang. gedung dy yang dekat jalan otw g muar pun kitorang da penah g.huhu tp sejak 3 4 taun ni kalo baju raya je dah x beli kat jakel. kainnya 2 sebenarnya x bape nak elok pon. (tetibe sakit hati sgt ngan jakel) isy3. mintak maaf yek jakel. naseb bek la saya x keje kat c2 pas spm dulu.hehe

last2 x beli pun cadar. beli kain tabir je.hehe bijaklah dalam membuat pilihan ye kawan2. nak puas hati, xyah beli kat situ. harga dy x berbaloi pun sebenarnya. dah tau sgt taktik dyorang. kat kedai len pun same tp xdela obvios sgt cam kat situ.huhu nak puas hati beli kat dalam katalog. mcam oli ke, beethoven ke. hehe tapi terpulanglah pada individu. ^_^

banyak pulak membebel bab ni. cerewet!hoho

hari seterusnya...

27 disember 2011

1. pergi ke pejabat agama muadzam shah 4 ambik borang kebenaran bernikah. macam2 salinan gak dy mintak. almaklum la..anak sulung.hehe dan orang tue suruh anta balik borang tue untuk dy chek sebulan sebelum tarikh nikah. sempat la nak anta lepas final ni dgn borang achik skali. =)

2. terus pergi ke hospital muadzam shah 4 ujian saringan hiv. buat dekat klinik ibu dan anak sebelah klinik gigi. x sampai 10 minit pun isi borang n amik darah, dah siap! nurse 2 bg dlm sampul lg resultnye. tapi dy x kasi bukak plak. SULIT! orang pejabat agama je bleh bukak. huh

3. pergi kamila enterprise (tunggu dlm kete sampai kedai 2 bukak.hoho) untuk beli cadar pengantin. tengok yg dah ade kat kedai tue x byk sgt pilihan. tgk dlm katalog baru la byk pilihan. chantek2! cantik la dri kat jakel semalam. harga pun berpatutan dari jakel.huhu siap dapat tabir n kelambu percuma lagi 2! excited la hari 2 pilih dgn umi. macam umi lak yg nak kawin.hihi umi pun cerewet gak sebenarnya bab2 cadar ni.=p tapi cadar 2 kene order dulu yek. xde kat kedai.hee~


bukan cadar yang ini ok.ni just contoh cadar yg ade kat kedai tu..cantik, tp agak serabut kan ropol2 dy?

4. malam 2 kene kemas n kosongkan almari baju. baju2 yg xnak gune da umi nak simpan kat rumah sementara. bilik 2 pun nak kene kosongkan b4 1hb ni sbb katil baru akan sampai. sume 2 keje2 abang & ejam lah yek. (>.<)

ok, untuk hari last..semalam..

27 disember 2011

pagi2 lagi umi dah ajak tgk rumah kondo kuarters guru untuk rumah sementara nanti. rumah yg sekarang ni akan dirobohkan awal bulan 3 nnt.huhu terpaksa la staff2 felda ni mencari rumah sementara masing2. nasib la umi ni cikgu. senang la sket nak dapat kuarters guru. :) tengok rumah yang kosong 2 ok la jgak cz tgkat bawah sekali. tapi kalau nak lagi selesa kene cat la dinding 2 especially kat bilik air. erk! nak masuk pun takut u.. suruh umi cari rumah kondo yang lain yang xde rosak2. mintak2 la dapat. rumah cikgu mahathir ke...^^

sekian dulu untuk update kali ini. ada masa nnt update lagi. =)

agak ramai sebenarnya kawan2 sekolah yg xtahu saya dah bertunang. maaf yek kawan2. saya memang x hebohkan kat kalian semua. just bgtaw yg rapat2 je. kawan2 uia je sume dah taw. sume ke? agak la..bile mami jarum uia dah bukak crite..hoho

pasal tarikh rasmi walimah tue saya akan bgtaw lepas final nnti yek. sekarang kene fokus pada final dulu......

doakan semoga segala urusan dipermudahkanNYA ye...Ameen~

wassalam~

notahawa: tahniah kepada fini & sinuna atas pertunangan kalian. kita dah geng skrg. :)
                   tahniah juga kepada kak nad, khairana & bihah yg akan bernikah lepas final ni. ^__^
                   sanah helwah buat ELLANI ELYAS!!!
naylinawwarah
29 disember 2011
8.15 am     
mahallah safiyyah 
taman ilmu & budi

Friday, December 16, 2011

2 bulan 2 hari

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam Jumaat semua (^_^)

dengan nama ALLAH aku serahkan jiwaku hartaku dan agamaku (kepadaNYA),
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Jadikan aku redha dengan keputusanMU,
berikanlah keberkatan terhadap apa yang ditakdirkan bagi diriku,
sehingga aku tiada lagi menginginkan penyegeraan apa yang Engkau tundakan,
dan tiada pula penundaan apa yang Engkau segerakan.
~Ameen Ya Rabb~

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
telah selesai segala asignment & presentation utk sem ini
terlepas sedikit beban di kepala
final exam pula menanti tiba
semoga segala urusan dipermudahkanNYA
Ameen.

jadual final exam sem ni:

5 jan : tadwin assunnah
8 jan : dirasah fi surah al-mukhtarah 
10 jan : ayat al-ahkam
12 jan : intro to psychology
14 jan : rasok

yang perlu dibereskan segera!:

tasmik lagi 2 surah,
siapkan scrap book ayat al-ahkam

#sabarmenantidetikitu#
naylinawwarah
16122011
1.48 pm

Monday, December 5, 2011

think b4 u speak!





kita tak boleh nak tutup mulut orang..

orang pun tak boleh nak tutup mulut kita..

kan???

jadi pengajarannya disini

jagalah mulut masing-masing ye...

berfikir dulu sebelum berkata-kata,

agar orang lain tak terasa dengan kita..:)

terlajak perahu boleh berundur,

terlajak kata????



dan lagi 1 nak tekankan kat sini,

untuk peringatan diri dan anda semua,

bersangka baiklah kamu pada orang setiap masa...

"husnu zonn"

wALLAHualam~

#bukansenangnakpuaskanhatiorang#




Sunday, December 4, 2011

4 years ago..


Bismillah...

oh, ini pic zaman budak2...

4 taun lepas...

telah menjadi memori kini...

miss sgt2 mereka..♥

susahnye nak gather same2 da skrg..huhu

yang mane saya??

tentula yang bulat & redah itu!!wahaha =p

Saturday, December 3, 2011

RoBoH??





betul ke nak kene roboh???huhu

Friday, December 2, 2011

♥ nota hawa 1 ♥




5 bulan yang lalu....

Maklong keluar dari kamar mengiringi Hawa menuju ke ruang tamu. Penuh. Tetamu dan saudara-mara penuh mengelilingi ruang tamu kecil itu. Hawa terkesima. Dia berjalan perlahan mengambil tempat ditengah ruang tamu kecil itu. Hati berdebar jantung berdegup kencang. Hawa duduk bersimpuh ditengah orang ramai itu. 

Kemudian datang seorang MAKcik duduk dihadapannya. Ya inilah dia. Hawa tunduk malu. Pertama kali menatap wajah bakal ibu keduanya. Kemudian muncul pula seorang wanita menghulurkan bekas cincin kepada MAKcik. owh, ini rupanya kakngah. Hawa pernah menatap wajahnya di FB. kakngah bakal kakak iparnya merangkap 'geng' barunya :) 

Hawa menghulurkan tangan kanannya kepada MAKcik. Terketar-ketar tangan Hawa. Jelas dan semakin jelas. Dicampur pula dengan seram sejuknya. Hawa2. MAKcik mengambil cincin dan menyarungkannya ke jari manis Hawa. 

'' muat pun,'' ungkap MAKcik dengan senyuman. Alhamdulillah, nasib baik muat cincin tu. cincin khas untuk Hawa yang dipilih oleh MAKcik dan kakngah tanpa di acu oleh empunya diri terlebih dahulu. Sungguh cantik!

Kakngah telah pun kembali ke tempat duduk asalnya dari tadi. Hawa bersalaman dengan MAKcik. Diciumnya pipi MAKcik. ''tahniah.."(:

Kelihatan pula gadis kecil molek sekecil Hawa disebelah MAKcik. Dirakamnya kejadian yang berlaku sebentar tadi. Hawa pasti inilah dia Diknor. Mirip wajah Achiknya. Dia melambai ke arah Hawa. Hawa tersenyum sambil malu-malu kambing. Hihi.


Hawa kaku. Tidak bergerak tetapi menoleh kesebelah kiri. Kelihatan sahabatnya sibuk mengambil gambarnya. Kemudian seseorang berkata kepada Hawa. '' pergi salam...'' owh, Hawa tersedar dari lamunan. Cepat-cepat Hawa menuju ke arah tetamu jauh yang hadir untuk bersalaman.

'' Saya kakak Adam...tahniah ye.." 

Kaklong. Hawa bersalaman dengan Kaklong kakak sulung Adam. Pertama kali menatap wajah kaklong. Agak takut kerana Adam pernah memberitahu yang kaklong tegas! Hawa melemparkan senyuman ke arah kaklong. Kemudian disalamnya tetamu2 jauh yang hadir. 'Mereka pasti adik-beradik MAkcik kerana wajah mereka saling tak tumpah wajah MAKcik.' Hawa bermonolog. 

Sehinggalah sampai kepada tetamu jauh yang akhir sekali, kakngah. Kakngah menatap wajah Hawa bakal 'geng'nya. Hawa tersenyum. ''tahniah ye..'' ujar kakngah.

kemudian Hawa berjalan menuju ke arah saudara mara nya. Disalamnya seorang demi seorang. Dilihatnya mata mereka. Merah! Hawa bersalaman pula dengan atok dan tokmak. Juga merah mata mereka berdua. Owh, tolonglah..tolonglah Hawa. kau kene kuat. Ini baru sebuah ikatan janji. kalau kau mahu menumpahkan titisan-titisan itu, tunggulah sehingga hari bersejarahmu!

''Kita ada permintaan dari pihak perempuan ye. Nak minta yang lelaki masuk ke dalam. Ramai yang nak kenal'' Pak Imam tiba-tiba bersuara.

'oh, saudara-mara ku ini. tak sabar-sabar!' hati besar Hawa bersuara :)

Di beranda luar, Adam yang sedang meninjau-ninjau ke dalam rumah tiba-tiba kaget. Ambik kau. Sape suruh mengintai. Kan dah kene masuk.huhu

Adam dengan penuh machonya masuk ke dalam rumah. Nasib baik tak pengsan je. ^__^ Tak pernah-pernah yang lelaki masuk ke dalam rumah. Masa abangnya bertunang dulu pun tidak disuruh masuk ke dalam rumah. Tapi kali ni betul-betul lain.

Seisi rumah memandang ke arah lelaki bermuka garang itu. Berkopiah putih berbaju kemeja raihan hijau muda. Agak berisi. Hehe. Hawa pula hanya tertunduk malu.=p 

Tangan di tadah. Alunan doa dibaca oleh imam dan diaminkan pula oleh seisi rumah memohon keberkatan majlis pada petang itu. Angin bertiup kencang. Titisan-titisan hujan pula mula membasahi bumi. 

image from goggle

Satu janji telah diikat~

besambung...