^___^


Thursday, January 20, 2011

tension!! dush2 +__+


salam 'alaik salam rindu semua ^^.
nak taw x???huhu
xnak taw pun tp sudi2 kan lah utk tau yek..
simpatilah kat saye ni..huhu
 
hari ni saya sgt3 TENSION...
sgt tension cz byk keje umah, asgment x siap..
sgt tension bile xstudy utk 3 paper mid minggu depan..
sgt tension bile dah lame x balik umah..
sgt tension bile xleh nak fokus time kelas ulum quran td..
sgt tension bile xbape phm time ustazah ngajar td..
sgt tension sampai sengaja ponteng kelas fiqh sirah utk tenangkan diri kat bilik..huhu
maaf yek ustaz, saya ponteng kelas hari ni..^_^
nasib baik kelas dirasat x ponteng cz tibe2 jadi bersemangat balik..yeaahh..^^

maaf utk sahabat2 sume cz hari ni saya marah2..
sebab saya sgt2 tension..
mcm2 bende dlm pale otak ni..
saya bkn mcm kamu semua yg sentiasa releks...
saya mudah gelabah+risau bile byk keje xsiap..huhu
tapi saya marah xlame..
kejap je..
tgk, skang saya xmarah dah..
cz dah x tension sgt dah...hmm
tp masih ade lagi tension 2 sket2..
selagi sume keje xsiap,selagi 2 la diri ni xleh tenang..huh
ni la dugaan belajar..
belajar memg susah, mane ade belajar senang atikah..
kamu ni..kuat la sikit..
sabar..sabar..sabar...
tenang..jgn gelabah2..
ingat Allah byk2..
Allah...

xtau la ape yg saya dah melalut kat atas 2..
sekadar luahan hati utk sepanjang hari ni..
dan mungkin utk sepanjang minggu ni n minggu depan..
maklum la, bile dah tibe musim2 midterm ni..
tambah2 bile dah nak midbreak ni..
macam2 bermain kat otak pikiran nih..
midterm+asgment+presentation+tasmik
pindah rumah+angkat barang+kemas2 rumah
program2 lepas midbreak...
byknye...
tapi ko kene ingat tikah..
orang lain lagi sibuk dari ko..
kalah menteri..heh
ohh,terlupe plak..
hari ni 19hb..
besday akak yg ke-12
akak@anah 
my sister..



SANAH HELWAH
yg ke 12 akak!!
tahun ni nak upsr..
belajar rajin2 yek..^^
tadi along tepon umah..
imam yg angkat..
ingat nak wish kat akak..
tapi akak dah tido..
akak selalu tido awal kan..heh
along terlupe nak kol siang td..
 (cz tension kan..huk3)
so, ckp ngan imam je la..
adik pon dah tido..
along suh imam ckp kat akak,
along wish selamat hari jadi kat akak..
hadiah along xsempat nak beli ag..hihi
imam ckp korg dah basuh umah sebelah umah bos 2..
ade 3 bilik air..amboi..byk tol..
pas ni xde la nak berebut bile nak mandi..
bilik air dah bertambah 1 ag..
pas ni xleh dah nak menjerit2 terpekak terlolong..
cz umah dah depan sekolah..
sat g sume cikgu2 dgr..haha..
bangunan baru sekolah msti dah nak siap kan?
ntah2 dah siap..hak3..
along je yg xtau..ape daaa..

okey lah..
nak p sambung buat mulakhas usul fiqh ni..
target mlm ni msti siap!!
caiyok2...
xkesah la kene tido kul bape pun..
xtido pun xpe..haha
janji siap..
sok pagi nak buat asgment ulum quran lak..huhu


 
okeh, x mo stress2 tension2 da yek..
tenyum sket...
^____^
peace..

dah x tension,
iium gombak.
20 jan 2011,
1.00 a.m.

Monday, January 17, 2011

Malaysia kekurangan guru j-Qaf



MASALAH kekurangan guru j-Qaf semakin membimbangkan dalam bidang pendidikan Islam di negara ini. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Guru-guru untuk program pembelajaran jawi al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (j-Qaf) semakin berkurangan di semua sekolah rendah di Malaysia.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenainya.

"Purata biasa untuk tiga kelas ialah seorang guru j-Qaf tetapi di Pahang, contohnya, seorang guru terpaksa mengajar enam kelas berseorangan," jelasnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Mohamed Sabri, kekurangan guru-guru itu membimbangkan kerana matlamat untuk program itu tidak akan tercapai sekiranya jumlah guru yang dibekalkan semakin berkurangan.

"Bayangkan, pada tahun ini hanya 1,500 orang guru j-Qaf ada di seluruh negara sedangkan saya dapat maklumat di Perak sahaja 400 guru diperlukan. Mana cukup dengan jumlah 1,500 orang itu untuk tahun ini?"katanya.

Mohamed Sabri berkata, masalah itu mula berlaku sejak tahun 2009 dan ia semakin berlarutan sehingga kini.
Sejak tahun j-Qaf mula diperkenalkan pada 2004, ia telah diterima baik murid-murid di sekolah dan ia merupakan satu pembelajaran yang bermanfaat tetapi jika perkara ini terus berlarutan program itu akan jadi sia-sia.

Katanya lagi, pihak kesatuan berharap Kementerian Pelajaran mengambil berat soal kekurangan guru itu agar pembelajaran murid-murid tidak terjejas.

sumber:kosmo

notahawa: adakah impian ummi utk saya menjadi guru j-qaf akan tercapai?? ^^

naylinawwarah,
rkqs iium,
17 jan 2011,
10.10 am.

Saturday, January 15, 2011

IIUM.fm


salam 'alaik semua ^^
saya ni agak ketinggalan la..hihi
meh2 kite dgr ni..

Friday, January 14, 2011

♥ kenape pakai cincin?? ♥

copy from google
salam 'alaik,salam perjuangan buat sahabat2 terchenta ^^. salam rindu buat sahabat2 di 'fb'. semoga kamu semua berbahagia dengan b'fb'. terus terang saya cakap, saya x bahagia dgn ber'fb'. sebab 2 saya dgn rela hati mengundurkan diri dari ber'fb' walaupun ade sekali dua saya mencuri-curi bukak@activate 'fb' sepanjang minggu ni.hee ~__^

hm, dengar kata 'fb'@mukabuku akan ditutup nnti yek?ade yg kata dalam bulan 3 nnti. betul ke?sohih ke?? saya masih tertanya-tanya ni. #_# kalo betul la ape yg saya dgr 2, makanya x rugi la saya mengundurkan diri dari mukabuku 2. dan x rugi jugak saya bukak belog ni. hee~ ^^

okeh, berbalik pada tajuk utk entry kali ni. dah baca kan tajuk yg terpampang kat atas 2??

kenapa pakai cincin??

itu adalah pertanyaan yang dilontarkan oleh akak fasi si cantik manis bilik atas saya masa study circle@halaqah tengahari tadi.huh panjang tol ayat ni.paham ka??heh2

meh saya terang balik semula.hihi. begini. tengahari tadi kul 12 ade study circle cam biase kat edu lr6. jauh 2. disebabkan kami dah kelewatan,saya n wani pon tinggalkan lah si pijah yg masih bersiap2 dibilik. kami pon jalan la laju2 sebab xnak kene marah  tegur dah mcm minggu lepas dgn k.ayu sebab lewat sampai.heh3

jalan punye jalan punye jalan..sampai kat bwh jambatan hs, ternampak la sorg akak ni jalan dgn lemah lembutnye.^^ (akak ni aku kenal sgt. duduk level 2 blok aku ni..hee)

tanpa mempedulikan akak 2,kami pon berjalan la mencari kelas.oh ye, hari ni mass lecture dgn chief fasi. jadi kami akan bergabung 3 group. group 25,26 n 27. masuk2 je kelas tgk da penuh. tp xde la penuh sgt cz ade yg lagi lambat dari kami.huhu.

'ok, sekarang kite akan bace mathurat ye.'

akak fasi dari group lain bgi arahan. tibe2 je rase nak pandang belakang. 'haisy..akak 2. yg duk kat atas bilik aku 2. dy fasi jugak rupenye'..=) agak segan sebenarnya kitorang ngan akak 2. yela, mane x nye. dah la kitorang wani n pijah selalu buat bising kat blok. dari bwh dgr sampai ke atas nun. td mase nak bersiap pon, wani buat bising.hak3. agak2 akak 2 dgr ke x????

ok,saya nak ringkaskan cite. kalo nak cite step by step agak panjang. sementara nak tunggu chief fasi(kak leha) dtg, kitorang pon berkenalan la dgn akak2 fasi ni. n sampai la kat turn akan cntik manis ni.

namenye ain.( ade nur @ nurul x silap). asal kelantan. second year. amik TASL.

'ade ape2 nak tanye?'

'akak dah berpunye ke??'

(soalan lazim yg ditanya). lagi2 bila tgk akak 2 pakai cincin.

pantang tgk org pakai cincin mesti nak tnye soalan 2.dah bertunang ke? dah kahwin ke?

kemudian kak ain (sebab dah tau name ^^) tanye kami.


kenapa pakai cincin???

kenapa kita pakai cincin ni sebenarnya??saya ingin bertanya kepada pembaca yg budiman ^^. kerana saya sendiri pun pakai cincin =p. sahabat2 saya pun ramai yg pakai cincin saya lihat. tp sekarang angkanya makin ramai.bertambah-tambah. hee~

antara jawapan yg diberikan tadi:

'sebab dah berpunya.' tett....

'sebagai perhiasan.'

'sebab mak bagi.'
 
sebab mak bagi.saya suke jawapan ni.~__^. cincin yg saya pakai sekarang ni pun ummi yg belikan. mase saya darjah bape ntah. suatu ketika dulu cincin ni dah x muat dijari saya. tapi ntah macamana, lepas je SPM, saya try pakai balik terus muat.wahaha. adakan jari kamu makin mengecik atikah??lalalaa~

lebih kurang gini la cincin saya ~__^
tapi bagi sesetangah muslimah, dia pakai cincin bukannya sbb dah berpunye. apatah lagi sebab dah bertunang. jauh sekali sebab dah bernikah. tapi pemakaian cincin ni adalah sebagai tanda dia ingin berjaga-jaga supaya para2 muslimin ni x ganggu atau dgn kata lainnya 'mengurat' dia selagi belum tiba masanya.erm betul x??

mungkin bagi sesetengah muslimah atau para gadis yg tidak mahu masa belajar mereka diganggu dengan mana2 lamaran atau risikan.selain mereka mahu menumpukan sepenuh perhatian kpd pelajaran. dan mungkin juga mereka sudah menetapkan dlm diri mereka 'bila masanya patut aku fikir soal lamaran atau pernikahan.' final year nnti?? dah abis degree nnti?? esok lusa??dats why la, mereka pakai cincin. hm dan mungkin jugak ibubapa mereka dah ada pilihan utk mereka.

itu adalah pendapat k.ain dan ditambah juga dgn pendapat saya sendiri. ^_^

tp rasenye saya xnak pakai cincin dah la lepas ni. wahaha. agak2 sebab pe? sape tau diam2 sudaa..dush3

notahawa: kene pindah rumah.sedeh2.. sebab baru je cat bilik n dapur masa cuti hari 2.+__+

selamat tinggal bilikku..

naylinawwarah,
taman ilmu dan budi terchenta,
14 jan 2011,
9.09 pm.

Tarikh Qiamat berpandukan al-Quran bukan teori manusia


SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.
Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012. 

Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

1) Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.

2) Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.

3) Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan

4) Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem ’2012? dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.

Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.

Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.
Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.

Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;

1. Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi

2. Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954

3. Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.

4. Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.
Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain.

Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.
Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.

info from here

Wednesday, January 12, 2011

ape perasaan kamu kalau....+__+

Salam 'alaik, salam perjuangan semua^^..
semoga sihat2 baik2 semua..=)
hm..nak cerita sket kisah hidup saya sepanjang hari ni..
kisah hidup yg agak menarik+seronok+sakit hati+geram
saya kire +_+ huhu..

ape perasaan kamu kalau kamu berada di tempat saya
hari nie??


hari ni, mcm biase kelas pukul 11.30..
kelas 'ulum Quran dgn ustazah Raudhah..
dah semangat ni nak g kelas ngn wanie..
smpai2 je kat kelas tup2 tgk,
kelas cancel..huhu
ustazah ade conference lagi..hmm
minggu ni da 2 kali kelas 'ulum Quran xde..
hari isnin lepas pon ustazah g conference..
bz tol ustazah..

kesian si pijah..
dok la anto msj n kol kitorang..
ckp kelas cancel..
tp, kitorang ni dok la syok bercrite..
smpai x pasan langsung dy kol..hik3
sury yek pijah^^..

tanpe membuang mase,
g la mengisi perut dekat evoke cafe..
nyumm3
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
iklan sebentar ^^


oh ye..terlupe lak..
minggu ni byk btol fair kan??
book fair, pc fair, camera fair, printer fair..
semuanye nak fair..huhu








minum indocafe free sblm ke pc fair..huhu

dalam CAC


 book fair..


sempat ag minah ni..

pas balik dri pc fair,terus ke masjid..
baru teringat tghari ni ade rapat umum..
mari2 kite tgk n dgr rapat umum..


  rapat umum..

tunduk sebab cuaca panas^^

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

kisah disambung semula :)


pukul 2 kelas fiqh sirah...
mcm biasa ustaz xkan dtg awal..
kami pun dgn sabarnya menunggu..
tunggu..
dan terus menunggu...
kehadiran ustaz yg disayangi..=)

sabar menunggu


2.20 pm..
kelibat ustaz masih x kelihatan..
tunggu lagi..
x jugak muncul2..
2.35 pm...
semua berangkat keluar dari kelas..;(

sudah 2 kelas xde hari ni..
masih mengharap pada kelas yg 1 ini..
kelas dirasat..
rasenye ade mcm biase..
sbb ustazah jarang cancel kelas..

berehat di masjid sementara menunggu kelas dirasat..
3.20 pm..
menuju ke kelas dirasat..
dengan harapan kelas berjalan sprti biasa..
tup2, tgk kelas berkunci!!!
selalunya sebelum ni ade org..
kelas ustazah nadzirah jugak..
kalo sebelum kelas kami xde org
maknenye kelas kami pon xde la kan?
sebab ustazah yg same ajar..
then, sorang rakan bgtau..
ustazah x sihat hari ni..
syafakillah..

hmmmmm...
buat kali yg ke 3 nya, 
kelas cancel utk hari ni..
harap maklum +__+

konklusinya...
hari ni..
12 jan 2011..
dalam sejarah..
saya tiada kelas langsung!!!

akan tetapi,
saya dan rakan2 lain..
tidak dimaklumkan lebih awal
akan ketiadaan semua kelas utk hari ini..
dush3..
rase nak menjerit je..
sabar2..
ade hikmahnye 2..^__^

---------------------------------------------------------------------------------------------------
iklan lagi

cooking queen??sape nak masuk??sila2 ^^

k.sya panggil 2 bukit gajah..ade 4 ekor gajah tp yg sekor terlindung plak..
 so,pe yg kamu akan rasa kalau kamu berada di tempat saya hari nie?? ^__~


naylinawwarah,
garden of knowledge n virtue,
12 jan 2011.

Monday, January 10, 2011

undi lagu ^^



undi lagu


To:cartaikimfm@hotmail.com


1.ku yakin berlaku-aidil
2.akan ku jumpa-azfar
3.suara azan-fitri
4.cinta terakhir-aiman
5.andaiku pergi-mirwana
 salam 'alaik semua^^
nampak x kt atas 2??hee~
baru je pas send emel ke cartaikimfm tadi..
first time mengundi ni..xcited..hik3
apela..
org len da berpuluh-puluh kali ngundi..
ko baru fisrt time nak undi..huk3

tgh mlm td dgr ulangan carta ikim..
ingatkan ulangannye pukul 10..
upenye pukul 1 pagi..huhu
nasib baik x tido lagi time 2..
dpt gak la dgr carta ikim..

tup2 lagu yg sye suke tersenarai..haha
pe lagi..suke la..
lagu fitri,aiman n mirwana..
tibe2 dgr lak pencalonan lagu baru tuk mggu dpn..
lagu aidil n azfar..wahhh
suke3 ~__^
tue la sbb nye tibe2 rase nak ngundi..heh3
sape2 nak ngundi sila3...
send emel ke cartaikimfm@hotmail.com..
betul dah rasenye emel 2..hehe =)

notahawa: 1.x sangke da setaun da..cepat tol mase berlalu.+___+
                   2. td bukak emel..Dr. ismail mamat said: tomorrow class - postpone :)
                   3.buat mase sekarang ni..sye dgn rase rendah hatinye,mengundurkan diri dri ber'fb'..huhu
                   so, xpayah la cari 'atikah asmuni' kat fb 2..cari je la kat blog ni..insyaAllah ade..^_^

naylinawwarah,
garden of k/ldge n virtue,
iium gombak,
10 jan 2011.

Sunday, January 9, 2011

seharian di Zo0 ^^

salam 'alaik, salam perjuangan~
selamat menelaah pelajaran kpd yg sedang sibuk study ^__^
midterm dah x lame dah ni..huhu
agak risau n cuak cz sem ni amik 6 subjek..
byk kene bace n ngafal..
(tp sume subjek2 ko bkn memg kene ngafal ke?heh)

post kali ni yg minggu lepas punye..
tp di postpone2 smpai mggu ni..
coz byk sgt yg nak dicerita..
tp akhirnye terpakse dimatikan kot cite 2..
(malas punye pasal)..

tp ni pengalaman yg sukar tuk dilupekan..
sebab pe?
sebab berjaya pergi n pulang dri zoo
dengan selamatnye..
walaupun terpakse melalui saat2 
yg paling mendebarkan dan mencemaskan..huhu +__+
xpenah rase secuak dan setakut 2 kalo naik kete..hehe
maaf yek k.kila n biela.
pape pon korang memg terbaiklah!!
coz berani gak drive..
xmcm tikah n wanie ni..
harap je dah lame dpt lesen..
tp, penakut!!wuwuwu +__+

actually, mggu lepas x plan pon nak g zoo..
tp niat nak g 2 memg dah lame..
kire langkah kanan la ni..
pagi ahad 2 k.kila kol..
ajak g zoo tp kene drive..huhu
mane la berani nk drive cz da setaun x pegang stereng..hmm
pas2 suh k.kila cari driver len..
tp x jumpe..
n akhirnye, k.kila ajak g cz xde driver len..
bagai org ngantuk disorongkan bantal la aku ni..heh3
on je tnpe pk panjang walaupun keje x siap ag..huhu

makanye segeralah bersiap utk ke zoo..
jalan2, jenguk2, merayau, santai2 kat zoo 2..
dari kul 11 smpai kul 4 lebih..
ni separuh dari gambar2 dekat zoo negara minggu lepas..
nak msuk semua byk sgt2..
so di combine2 je la yek..=)
jimat mase n space..hee~































sekian utk kali ini..
malas nak describe kat gambo satu2..huhu
anyway, thanks a lot to k.kilak.biela
cz bwk kitorang yg ber 3 kat blkg ni g zoo yek..
len kali jgn segan2 ajak kami lagi..~__^
sayang korang ;p


naylinawwarah,
iium gombak.