^___^


Thursday, April 12, 2012

syukran ya ukhti :)

salam kpd adikku atikah asmuni,
moga allah memelihara adikku dengan rahmatNya yg terlalu banyak dan cintaNya yang melimpah ruah buat hamba-hambaNya.. Secebis cuma amal ibadah kita, tetap dibalas dengan penuh cinta olehNya..allahh.. mana lg nikmat yg harus kita dustakan?(55:13)

komen disini sedikit panjang..tp atas dasar kasih sayang saudara seakidah, akak nak jugak tulis! ^__^

first tahniah buat zaujah pemilik syurga, Atikah asmuni kerana telah dianugerahkan allah satu lorong, satu jalan kemudahan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Satu lorong untuk menuju cintaNya. Satu lorong untuk menggandakan amal kepadaNya iaitu melalui pernikahan.

Keduanya, dengan penuh rendah diri kuakui, kakakmu ini bknlah orang terbaik untuk menulis tentang cinta kepada Allah dan RasulNya hatta makhlukNya. Tetapi atas dasar kasih sayang seorang saudara yang mencintaimu kerana Allah, ingin kutitipkan beberapa pesanan dan bekalan. Anggap sajalah Ia pesanan seorang pencinta Allah kepada saudaranya.

Adikku sayang,

Sorotilah rentetan seerah Nabawiyah dengan hatimu dan jadikanlah ia sebagai kekuatan kepadamu duhai zaujah pemilik syurga,

Adikku,
Berbahagialah dikau andai mampu menjadi seperti Khadijah pendokong dakwah zauj tercinta.. Sedari awal Khadijah yang kaya, cantik,bangsawan rela menginfaqkan segalanya untuk digunakan oleh rasulullah s.a.w bagi menyempurnakan agamaNya. Sehingga wafatnya saidatina yang mulia kerana kekurangan makanan, harta dan akibat tekanan boikot pihak quraisy durjana.

Adikku,
Bersabarlah dikau andai diuji seperti Asiah pemilik istana khas disyurga. Bersabar dan berhelah dalam mempertahankan aqidahnya semata. Sehingga akhirnya dihidangkan dengan kematian ditangan suami sendiri, mujahidah asiah rela demi Allah semata.

Adikku,
Bersabarlah andai dikau dihidangkan fitnah oleh orang-orang yang dengki dengan tingkatan imanmu kini. Sorotilah kisah Saidatina Aisyah yang mulia. Difitnah menduakan Rasulullah. Difitnah bersama Sufian sahabat baginda. Allahhhh…Bukankah itu berat bagi sekalian hamba yang sangat mencintai allah dan rasulNya, apatah lagi empunya diri Aisyah yang sedang menderita dalam fitnah yang membunuh segala rasa dan bahgia.

Sorotilah kisahnya dalam surah cahaya. Surat cinta Allah khas buat kita, wanita dan pengajaran teragong oleh Allah buat sekalian hambaNya.

Sekali lg, sorotilah seerah dalam surah cahaya(surah annur).. kelak kan kau dapati tiada apa-apa dengan ujian picisan dunia.. Sebentar Cuma..

Kejarilah mustawa(level) iman kita dimata Allah instead of manusia. Kejarilah pandangan Ilahi dan tidak manusia.. 

Utk menghadapi fitnah itu sebagaimana saidatina Aisyah yang mulia,biarkanlah air itu tenang dengan sendirinya setelah dikocak-kocak oleh tangan manusia. Biarkanlah fitnah itu ditutup oleh Allah setelah kau sabar dalam melaluinya..

Semoga Allah beri kekuatan buatmu untuk terus melangkah dalam mencari redhaNya..amin

Bersabarlah dengan dunia yang hanya mainan sebentar Cuma(57:20)

Jazzakillahukhairan kasira,
Dari kakak yg mencintaimu kerana Allah
mumtazah

2 comments:

  1. Salam....puan..hihi...singgah sat sini..stelah lame patik mememcil diri.. bizi dengan komitmen kehidupan..ilang plak kotak text segera kat sebelah... terpakse ler komen sini nak tye khabar...nak tinggalkan jejak musafir blogger... cantik pict gerbang blog.... smoga berbahagia... barakallahulakumawabaraka alaikuma wajam'ana wabainakuma fi khair.... maasalamah

    ReplyDelete
  2. wsalam..hehe setelah lama dr. nazreen menyepi akhirnya muncul jua setelah 2 bulan saya bergelar isteri. heh3
    syukran atas doa ^__^
    rajin2 la uptade blog ye doktor.. cuti bape lame ni?

    ReplyDelete