^___^


Friday, December 2, 2011

♥ nota hawa 1 ♥




5 bulan yang lalu....

Maklong keluar dari kamar mengiringi Hawa menuju ke ruang tamu. Penuh. Tetamu dan saudara-mara penuh mengelilingi ruang tamu kecil itu. Hawa terkesima. Dia berjalan perlahan mengambil tempat ditengah ruang tamu kecil itu. Hati berdebar jantung berdegup kencang. Hawa duduk bersimpuh ditengah orang ramai itu. 

Kemudian datang seorang MAKcik duduk dihadapannya. Ya inilah dia. Hawa tunduk malu. Pertama kali menatap wajah bakal ibu keduanya. Kemudian muncul pula seorang wanita menghulurkan bekas cincin kepada MAKcik. owh, ini rupanya kakngah. Hawa pernah menatap wajahnya di FB. kakngah bakal kakak iparnya merangkap 'geng' barunya :) 

Hawa menghulurkan tangan kanannya kepada MAKcik. Terketar-ketar tangan Hawa. Jelas dan semakin jelas. Dicampur pula dengan seram sejuknya. Hawa2. MAKcik mengambil cincin dan menyarungkannya ke jari manis Hawa. 

'' muat pun,'' ungkap MAKcik dengan senyuman. Alhamdulillah, nasib baik muat cincin tu. cincin khas untuk Hawa yang dipilih oleh MAKcik dan kakngah tanpa di acu oleh empunya diri terlebih dahulu. Sungguh cantik!

Kakngah telah pun kembali ke tempat duduk asalnya dari tadi. Hawa bersalaman dengan MAKcik. Diciumnya pipi MAKcik. ''tahniah.."(:

Kelihatan pula gadis kecil molek sekecil Hawa disebelah MAKcik. Dirakamnya kejadian yang berlaku sebentar tadi. Hawa pasti inilah dia Diknor. Mirip wajah Achiknya. Dia melambai ke arah Hawa. Hawa tersenyum sambil malu-malu kambing. Hihi.


Hawa kaku. Tidak bergerak tetapi menoleh kesebelah kiri. Kelihatan sahabatnya sibuk mengambil gambarnya. Kemudian seseorang berkata kepada Hawa. '' pergi salam...'' owh, Hawa tersedar dari lamunan. Cepat-cepat Hawa menuju ke arah tetamu jauh yang hadir untuk bersalaman.

'' Saya kakak Adam...tahniah ye.." 

Kaklong. Hawa bersalaman dengan Kaklong kakak sulung Adam. Pertama kali menatap wajah kaklong. Agak takut kerana Adam pernah memberitahu yang kaklong tegas! Hawa melemparkan senyuman ke arah kaklong. Kemudian disalamnya tetamu2 jauh yang hadir. 'Mereka pasti adik-beradik MAkcik kerana wajah mereka saling tak tumpah wajah MAKcik.' Hawa bermonolog. 

Sehinggalah sampai kepada tetamu jauh yang akhir sekali, kakngah. Kakngah menatap wajah Hawa bakal 'geng'nya. Hawa tersenyum. ''tahniah ye..'' ujar kakngah.

kemudian Hawa berjalan menuju ke arah saudara mara nya. Disalamnya seorang demi seorang. Dilihatnya mata mereka. Merah! Hawa bersalaman pula dengan atok dan tokmak. Juga merah mata mereka berdua. Owh, tolonglah..tolonglah Hawa. kau kene kuat. Ini baru sebuah ikatan janji. kalau kau mahu menumpahkan titisan-titisan itu, tunggulah sehingga hari bersejarahmu!

''Kita ada permintaan dari pihak perempuan ye. Nak minta yang lelaki masuk ke dalam. Ramai yang nak kenal'' Pak Imam tiba-tiba bersuara.

'oh, saudara-mara ku ini. tak sabar-sabar!' hati besar Hawa bersuara :)

Di beranda luar, Adam yang sedang meninjau-ninjau ke dalam rumah tiba-tiba kaget. Ambik kau. Sape suruh mengintai. Kan dah kene masuk.huhu

Adam dengan penuh machonya masuk ke dalam rumah. Nasib baik tak pengsan je. ^__^ Tak pernah-pernah yang lelaki masuk ke dalam rumah. Masa abangnya bertunang dulu pun tidak disuruh masuk ke dalam rumah. Tapi kali ni betul-betul lain.

Seisi rumah memandang ke arah lelaki bermuka garang itu. Berkopiah putih berbaju kemeja raihan hijau muda. Agak berisi. Hehe. Hawa pula hanya tertunduk malu.=p 

Tangan di tadah. Alunan doa dibaca oleh imam dan diaminkan pula oleh seisi rumah memohon keberkatan majlis pada petang itu. Angin bertiup kencang. Titisan-titisan hujan pula mula membasahi bumi. 

image from goggle

Satu janji telah diikat~

besambung...

2 comments: