^___^


Tuesday, August 10, 2010

SeMiNaR KeSejaHtEraaN MaHasisWa


Alhamdulillah..hujung minggu yg cukup bermanfaat bg saya..tdk berlalu begitu saja..walaupun terdetik juga rasa risau coz memikirkan kuiz2 n presentation yg menanti, tp saya pergi juga ke seminar nie. saya perbetulkan niat saya. semoga dgn kehadiran saya ke seminar ni dapat saya memanfaatkan ilmu yg saya dapat dan bertambah pengalaman..dan semoga Allah membantu saya utk ikhtibar dan imtihan yg akan dtg kerana masa yg saya gunakan ini bukan utk pekerjaan yg sia2, tp utk mendekatkan diri dgn taman2 ilmuNYA..lagipun saya sudah berjanji dgn ummu..semangat ummu nak gi..cz ingtkan dpt la jumpe imam muda..tapi apa kan daya, kita hanya merancang dan Allah juga merancang utk kita. dan sebaik2 perancang adalah Allah..

 setibanya di msjd wilayah




ummu dihadapan masjid..







seminar ini terbahagi kpd 3 slot. slot 1 bertajuk MELAHIRKAN MAHASISWA YANG BERDAYA INOVATIF DLM MENCAPAI KECEMERLANGAN AKADEMIK, SHAHSIAH, DAN KEMASYARAKATAN..disampaikan oleh Prof. Dr. Ismail Ahmad. Beliau merupakan Pengerusi Akademi Penyelidikan Haluan, Haluan Malaysia dan merupakan seorang pensyarah di UITM. slot bermula jam 9.40 dan berakhir jam 11.

slot ini membicarakan tentang persoalan relevan lagikah mahasiswa/i islam pada hari ini?? secara ringkasnya sebagai seorang mahasiswa kita berperanan menjadi ejen perubahan masyarakat kerana golongan mahasiswa merupakan pewaris generasi akan datang. Golongan mahasiswa juga menjadi objek utama dan membuktikan lemah atau kuatnya sesuatu bangsa. Antara cabaran2 mahasiswa kini adalah disebabkan oleh masalah pembelajaran, nafsu, pengaruh rakan sebaya, persekitaran dll. Justeru mahasiswa perlu kpd pentarbiyyahan diri utk melahirkan perubahan. Perubahan kebaikan kpd diri sendiri dan orang lain. Diantara dasar2 keperibadian muslim yg ditekankan oleh beliau adalah: 
  • Allah segala2nya
  • al-Quran sumber didikan
  • Rasulullah sebagai murabbi & qudwah
  • para sahabat contoh keimanan
  • Ulama' sebagai lampu hidayah
  • dunia sebagai medan mencari bekalan + ladang akhirat
  • Akhirat sebagai tujuan akhir
senibina masjid wilayah


 seminar diteruskan lagi dgn slot ke 2 yg bertajuk MISI FLOTILLA DLM KONTEKS KEPIMPINAN, KESUKARELAWAN DAN BAKTI. slot disampaikan oleh Tuan Noorazman Mohd Samsuddin yg merupakan Pengerusi Biro Haluan Palestin, Haluan Malaysia. Beliau banyak berkongsi pengalaman mengenai kejadian kapal Mavi Marmara dan semasa berada dlm tahanan.

Secara ringkasnya, sebagai seorang manusia kita sudah tentu ingin punyai sesuatu yg bermakna dlm diri dan sesuatu itu adalah takwa. Menjadi seorang yg bertakwa bkn sekadar utk menolong orang lain tetapi juga mengajak mereka supaya lbh dekat dgn Allah. Dalam perjuangan perlu ade prinsip dan pegangan. Sebagai mahasiswa, perjuangan kita termasuk semua hal- ibadah,pelajaran, persatuan,permainan dll. seringkali kita tertekan dan tension+stress dalam byk hal kerana kita x nampak hakikat dan realiti perjuangan. Justeru, kita perlu jelas apa yg nak dicapai+ keyakinan+ persiapan diri+ perjuangkan perkara tersebut dgn sebaik2nya..

pada penghujung slot beliau menambah bahawa terdapat 3 aspek utama yg perlu dilakukan dalam proses pentarbiyyahn diri. Pertama, tarbiyyah aqliyyah iaitu perlu kpd tasawwur minda & akal. contohnya, fahami al-quran dan zikrullah. kedua, tarbiyyah ruhiyyah/ imaniyyah iaitu penjagaan hati. dan ketiga kita mestilah boleh melawan nafsu. pentarbiyyahan ini sebaiknya dilakukan secara berjemaah.


 

slot terakhir berlangsung selepas zohor iaitu forum bertajuk MAHASISWA PROAKTIF & INOVATIF yg telah dikendalikan oleh saudara Amin Misran (uia). Ahli panel pertama- Saudara Muhammad Hudzaifah Nordin (USIM), ahli panel kedua- Ustaz Muzakkir Che Ani- setiausaha Haluansiswa Nasional, dan ahli panel ketiga- saudari Nur 'Atiqah Loqman (UPM)..

persoalan2 yang telah dikupas dan dijawab oleh ahli panel forum merangkumi persoalan erti kata kreatif & inovatif, apakah kepentingan mahasiswa kreatif & inovatif dan cara-cara untuk menjadi mahasiswa yang kreatif & inovatif. Pelbagai soalan juga telah dikemukankan oleh peserta2 kpd ahli2 panel..

ringkasnya melalui forum ini, kreatif ialah penciptaan dan inovatif adalah memperbaharui penciptaan tersebut. mahasiswa yg kreatif sgt menghargai masa, berani mengambil risiko yg menepati syara'. panel pertama ini beliau lebih suka melihat kpd skop yg lbh besar dan luas. sangat berfikiran jauh bagi saya..bakal doktor la katakan..

panel kedua- apakah kepentingannya?? orang muda selalunya mempunyai darah yg gemuruh kata ustaz. dan kebaikkan sesuatu ummat itu xkan berlaku jika tiada kebaikan pd pemudanya.peranan pemuda/ mahasiswa adalah mendekatkan diri dgn Allah, sabar dlm menghadapi dugaan dan kesulitan, keredhaan Allah lbh penting dari keredhaan manusia serta perlu bersifat produktif dan sentiasa memberi. Kata ustaz lagi, protokol yahudi yg pertama- politik x berkait langsung dgn akhlak. pemerintah yg ambil berat dgn akhlak mereka bukan pemerintah yg baik..huh..

memetik kata2 imam syafie: hati yg tidak bersinar, tidak dapat menyinari hati yang lain~

panel ketiga- kreatif dan inovatif berbentuk subjektif, merupakan ilham dari Allah secara langsung atau tidak. Justeru kita sendiri perlu ubah dan bina kreatif dan inovatif tersebut. tidak boleh berharap pada Allah shj tanpa usaha yek. perubahan melalui 2 sudut iaitu rohani dan aqli. rohani: ubah diri sikit demi sikit, isi rohani dengan mencari sumber2 dan datang ke program2 dan seumpamanya. dari sudut aqli- perlu kuasai byk ilmu.bukan sekadar pelajari subjek2 yg kita ambil jek. itu adalah 1 kerugian buat kita sbg mahasiswa.



begitulah serba sedikit mengenai seminar kesejahteraan mahasiswa oleh haluansiswa pada ahad yg lalu..ingin mendapatkan info yg lebih tepat dan padat, silalah ke laman haluansiswa yek.:)
ummu lagi..hihi



p/s:selesai kuiz islamic aqidah tghari td. Alhamdulillah..
selamat berpuasa kpd seluruh umat islam.semoga ramadhan kali ini lebih baik dri ramadhan yg sebelumnya.mari sama2 kita pertingkatkan amalan kita..ramadhan kareem~
jom pakat2 g masjid,tarawih!!

lubna,
ghurfati jannati, 
mahallah safiyyah,
6.52 p.m.
29 sya'ban 1431H.

No comments:

Post a Comment