^___^


Thursday, August 26, 2010

DIARI RAMADHAN 11


LAWATAN KE RUMAH EHSAN KUALA KUBU BARU
OUTREACH TITIAN WAHYU CLUB
21 OGOS 2010/ 10 RAMADHAN 1431H
8.00 a.m. - 1.00 p.m.


Alhamdulillah..akhirnye Berjaya jugak sye join program ni.satu kerugian bg sye kalo x join ni..ini merupakan prgm yg pertama sy join utk titian wahyu club.yg frst lwtn ke hospital xdpt join cz mse 2 mcm x bersedia lagi kot.huhu..dan ini juga merupakan kali pertama sy pergi ke rumah kebajikan org2 tua dan mendapat pengalaman baru yg ckup2 bermakna. tambah2 lagi dalam bln ramadhan yg penuh barakah ni.hmm..

sebelum pergi, kami telah dimaklumkan oleh kak balqis, warga tua yg kami akan lawat ni mereka kebanyakannya duduk diatas katil, x boleh berjalan, nyanyok dan sakit. agak takut mule2 rase cz takut x bersedia. takut x dpt adapt n x biasa dgn keadaan. xtau nk borak ape nnt dgn mereka. yelah, cz atok n nenek saya masih kuat. alhamdulillah, xde yg terlantar sakit. so, saya harap bile jmpe dgn mrka, sy dpt bersembang dgn mereka dan hiburkan hati mereka. kami juga di ingatkan oleh kak balqis spya x menanyakan berkaitan anak2 kpd mereka kecuali mereka sndiri yg mulakan crite. cz setiap kali pelawat dtg, selalunya ade kes kematian cz dyorg sedih bile teringatkan anak2, x lalu nk mkn n pergi mcm 2 je..hurm sedih bile dgr kn?? 

setibanya disana setelah hmpir sejam lbh perjalanan, kami diberi sedikit taklimat mengenai rumah ehsan. penghuninya seramai 113 org dan mempunyai 4 asrama. 2 utk laki 2 utk wanita. kebanyakan mereka berumur 60 tahun ke atas. tp ade jugak yg blum smpai 60 thn.

ade yg msuk ke rumah ehsan secara sukarela dan ade jugak yg secara paksarela.tergamak sungguh anak2 mereka menghantar mereka ke sana.huh.. kemasukan mereka ke sana atas pelbagai sebab, antaranya: tiada waris utk menjaga mereka, ditinggalkan dihospital terlalu lama dan tiada waris menuntut, dihantar oleh anak2.(anak2 xnk jage), menantu n mentua x serasi,suami hantar isteri, isteri hantar suami,ade penghuni yg belum berkahwin n tiada waris n mcm2 lagi puncanya.

pengalaman saya: di asrama pertama, sy bertemu dgn seorg nenek. ramah orgnya dan masih kuat ingatan.dia boleh ingt da bpe hari kita berpuasa, dan nenek 2 jgk berpuasa.tp sy x bersembang lame dgn dia cz aunty katil sblh da sampai. baru balik dr toilet katenya. jadi sy pon memberi nya buah tgn yg kami bawa smbil bersembang2 dgn aunty 2. Aunty yg berbangsa cina  2 masih kuat lagi berjalan. seronok katenye tggl disitu.tp sy da terlupa bpe lame dia tggl kt c2. xsilap sy 2 tahun. dia ckp dia selalu pergi buat senaman n fisio. kdg2 kalo bosan g tgk tv. pas2 dia suh sya pergi ke asrama side sblh. ade mkck yg buat bunga n pasu katenya.setelah kehabisan idea utk berborak sy n shbt pon meminta izin utk ke side sblh smbil memerhati penghuni2 lain dikatil masing2.

tiba di bhgn ke 2, sy pon pergi melihat hasil kraftgn yg dibuat oleh seorg mkck. jika dilihat dr raut wajahnya muda lagi sy kira. ceria orgnya. sibuk dia mempromosi hasil2 tgnnya iaitu pasu n kotak dr surat khabar. kemudian sy bersalaman dgn seorg nenek yg terlantar n xboleh duduk. dia jgk mempromosi suh kami beli pasu2 td..hehe

di asrama yg ke 2, asrama lelaki.sy bertemu dgn seorg uncle india. belum sempat sy smpai kt dia, dia dah hulur tgn utk dapatkan ole2 yg sy bawak. pas2 dia suh sy bkak. sy pon bukak la. sy teman dia mkn smpai abis ole2 2..hehe sy xbyk bertanya pd uncle 2 cz xbpe phm ape yg dia ckp. kemudian sy tinggalkan dia dan pergi ke seorg lagi pkck. pakcik 2 berasal dr segamat.dkt je ngn umh sya. pkcik 2 ckp mse mula2 msuk dia x boleh berjalan. tp skrg dia da boleh berjalan gune tongkat. dan dia ckp kalo da boleh berjalan nnt dia nak kuar n hidup berdikari. so, nmpk kn kt c2..dia berusaha utk pergi ke arah 2..

di asrama ke 3, kbykn penghuni sdg tidur. ttp mereka dikejutkan oleh nurse yg menjaga mereka. Sy menuju ke salah sebuah katil disitu. Kelihatan seorang shbt sdg khusyuk berbual dgn sorg pkcik ni. pkcik ni dia ckp dia dri hospital maran.mknenya dia ditinggalkan di hospital n x dak siapa tuntut. dia x kawin lagi n xdak waris.patut la. org jawa pkcik ni.dulu die tggl dgn majikan die katenye. sgt petah berckp. berpantun apetah lagi. bpe byk pantun yg dia hafal sy pn xtau. sumenye sdp2 lak 2. kagum sye. Tp sye x pasti pkcik ni boleh melihat atau tdk.kalo dilihat dr anak matanya, mcm x boleh melihat.tp wallahualam. X pula sy bertanya pada sesiapa.

kemudian sy ke katil dpn menemani rakan sy. khusyuk dia melayan sorg pkcik ni.. pkcik ni da xdpt melihat tp pndai bg teka-teki. dia teka kmi:
buah ape yg dlm syurga, luar neraka?- durian
ikan ape yg ade 1 tulang?- sotong
buah ape yg xboleh dimakan?- buah keras
dalam mulut ade?- lidah
byk lagi teka-teki tp sy da x ingt. sebelum blik dia nyanyikan 1 lagu lama yg sgt sedih. rase cm nk nangis tp tahan jek..huhu

di asrama yg terakhir, sy bertemu dgn seorg nenek. dia boleh dikategorikan nyanyok. tp dia berpuasa. tp xleh bg dia ole2, tkut dia makan. dia bertanya pada saya. pertuturannya agak kurang jelas tp sy cuba utk phmkan:
nenek: dari mane ni?
saya: dri gombak.
nenek: kwn2 dr mane?
saya: dorg pon dr gombak gak. ni ade buah tgn sket.(sy pn bg la ole2)
nenek: ape dlm ni?
saya: ade kek, bahulu n kurma. tp xleh mkn skrg cz nenek puase.mkn lpas bkak nnt yek.
nenek: nnt hari raya dtg lagi x?
saya: (terkedu sbntar)...hm insyaAllah dtg kot..(nk sdapkan hti dia)
nenek: nnti bwk ketupat, rendang....
saya menambah: haa..lemang..ha, yelah2...(dlm hati rase sebak tp senyum je...)

kemudian dtg seorg asisstant bgtaw, nenek ni da x bpe ingt. tkut dia termakan ole2 2..so, dia amik dulu ole2 n simpan.hurmm, rase sebak x hilang lagi...
lukisan dinding oleh bekas2 pelawat

pengalaman kwn: 
-ade sorg mkcik ni, dia ade 9 org ank. tp xdak sorg pon yg nk jaga dia, yg nk kenang jasa dia.
-sorg mkcik ni ade 3 org anak n sorg pon xdak dtg lwt dia.dia rindu sgt kt anak2 dia.(kmdian menangis)
- ade sorg shbt sy pergi ke sebuah katil ni. Ingin berbual dgn seorg mkcik. Perbualannye lbh krg cmni:
Mkcik: anak dr mane?
Shbt: sy dr Gombak.
Mkcik: Gombak? Hm pergi..pergi…(die terus memalingkan badannye ke arah lain dan menutup muke)
Erm,mgkin mkcik 2 ade anak dkt gombak n die ingt shbt sy 2 adelah anak die..
Byk lagi kisah kalo nk di ikutkan. Tp sy xdpat nk ingt semua. Jumlah kami ade 30 lbh, so masing2 punyai pengalaman masing2.
sesi post moterm
Selesai lawatan ke 4 buah asrama tersebut, kami berkumpul utk sesi post moterm. Masing2 dikehendaki mnceritakan pengalaman, mmberi sebarang komen n cdgn. Kesimpulannya, lwtan ini sgt member pengajaran n iktibar kpd kami.antaranya:
-          Sayangilah ibubapa kita. Jgn sanggup hantar mereka ke rumah org2 tua. Mereka sggup menjaga anak2 yg ramai dr kcik smpai dewasa, xkan kita x sggup nk jaga mereka yg hanya berdua dan perjalanan mereka juga sudah tdk terlalu lama di dunia ni..hargailah jasa2 mereka wahai anak2 sekalian..
-          Jagalah kesihatan kita sementara di usia muda ini.jaga pemakanan kita.jgn melantak sesuka hati je. Mgkin skrg kita x nmpk kesannye, tp kita akan rasa bila umur mkin meningkat(usia tua)
-          Bersopan-santun dan berbudi bhs ketika berckp o berinteraksi dgn wrga tua. Melalui prgm2 spt ni, skill2 communication sgt pntg agar bercakapan kita tdk mengguris hati mereka.
-          Kata kak balqis: seorang ustaz memberitahu jgn smpai ibu sendiri yg telefon kita cz nk tnye khabar kerana ia dikira derhaka.
bergambar sblm pulang


di malaysia terdapat 2 buah rumah ehsan.di dungun dan di kuala kubu baru.berikut adalah serba sedikit info mengenai rumah ehsan:





RUMAH BAGI PESAKIT MELARAT

Objektif

Memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada orang-orang sakit dan uzur dalam suasana yang selesa dan tenteram.

Kumpulan Sasaran
Pesakit melarat yang memerlukan rawatan tetapi tidak intensif.

Undang-Undang Berkaitan
Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah-Rumah Pesakit Melarat 1978.

Syarat-Syarat Kemasukan
Kes-kes pesakit melarat yang diterima masuk adalah mereka yang:
  • telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai pesakit melarat.
  • tidak mengidap penyakit berjangkit.
  • tidak mempunyai keluarga/penjaga tidak dapat dikesan/tidak berupaya menjaga mereka.
  • tidak ada sumber pendapatan atau tidak boleh menyarai diri sendiri.
  • berumur 60 tahun ke atas.

Cara Kemasukan
Semua permohonan kemasukan hendaklah melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan dengan menggunakan borang yang disediakan dan dihantar kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk semakan, ulasan dan sokongan. Selepas itu borang-borang permohonan tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah untuk pertimbangan kelulusan.
Kelulusan kemasukan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan akan dimaklumkan sebaik sahaja ada kekosongan.

Pembebasan
Penghuni yang telah berupaya menyara dan menjaga diri boleh dikeluarkan dari institusi pada bila-bila masa yang sesuai setelah disahkan oleh Pegawai Perubatan atau mempunyai keluarga/penjaga atau waris yang sanggup menerimanya.

Perkhidmatan/ Kemudahan
Rumah Ehsan mengadakan berbagai perkhidmatan, kemudahan dan kegiatan untuk penghuni-penghuni seperti berikut:
  • Jagaan dan Perlindungan
  • Rawatan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Perkhidmatan Fisioterapi
  • Bimbingan Agama dan Kemudahan Beribadat
  • Rekreasi

Jagaan dan Perlindungan
Perkhidmatan ini menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi penghuni seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hidangan makanan harian adalah berdasarkan kepada skel imbangan makanan yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan. Makanan disediakan lima kali sehari mengikut menu yang telah disediakan oleh Penguasa dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Rawatan Perubatan dan Jagaan Kesihataan
Penghuni-penghuni diberi rawatan dan jagaan kesihatan yang baik di institusi oleh seorang Pegawai Perubatan, jururawat dan penolong jururawat. Kes-kes yang memerlukan rawatan yang intensif dihantar ke hospital untuk rawatan rapi.

Bimbingan dan Kaunseling
Perkhidmatan ini adalah untuk menolong penghuni-penghuni mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka. Penguasa dan Pembantu Pembangunan Masyarakat di institusi selalu mengadakan kaunseling individu dan kelompok serta perbincnagan kes.

Perkhidmatan FisioterapiUnit ini adalah untuk mempastikan setiap penghuni dapat menggunakan keupayaan potensi yang ada pada dirinya untuk mendapatkan keselesaan hidup di institusi. Pemulihan fisioterapi amat penting bagi menguatkan otot-otot penghuni yang uzur. Dengan pemulihan fisioterapi ada kemungkinan besar mereka akan boleh menguruskan aktiviti-aktiviti harian mereka tanpa banyak bantuan daripada orang lain.

Bimbingan Agama dan Kemudahan Beribadat
Penghuni-penghuni digalakkan untuk mengamalkan ajaran agama mengikut kepercayaan masing-masing. Guru-guru yang berkaitan datang ke institusi untuk memberi pengajaran dan bimbingan kepada penghuni-penghuni.

Rekreasi dan Carapulih Kerja
Penghuni-penghuni digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, kemampuan dan minat mereka. Kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk penghuni-penghuni memenuhi masa lapang mereka dengan menonton televisyen dan video, membaca akhbar dan sebagainya.

Lembaga Pelawat

Setiap institusi mempunyai Lembaga Pelawat yang dilantik oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat bagi tempoh tiga tahun. Lembaga ini mengandungi tidak kurang daripada tujuh orang ahli dan sekurang-kurangnya dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Tanggungjawab utama Lembaga ialah untuk mempastikan bahawa institusi ditadbirkan mengikut Kaedah-Kaedah Bagi Pengurusan Rumah Pesakit Melarat 1978 demi kesejahteraan dan kebajikan penghuni. Lembaga menyediakan kemudahan tambahan bagi penghuni serta mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap keperluan penghuni-penghuni di Rumah Pesakit Melarat.

Peranan Masyarakat

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menggalakkan sanak-saudara dan masyarakat setempat memberi perhatian dan sumbangan kepada pesakit melarat yang ditempatkan di institusi.

Aktiviti-aktiviti seperti hari terbuka dan perayaan hari kebesaran diadakan bagi memberi peluang kepada anggota masyarakat melawat dan mengenali penghuni serta berinteraksi dengan mereka.

Pertubuhan sukarela dan pihak swasta juga boleh memberi sumbangan tenaga dan masa untuk bermesra dan meraikan penghuni-penghuni ini supaya mereka tidak merasa tersisih dan kesepian, selaras dengan semangat masyarakat penyayang.

taman ilbu dan budi dihatiku :p
 nayli nawwarah,
ghurfati mahallah safiyyah.
16 ramadhan,
3.00 p.m.

No comments:

Post a Comment