^___^


Friday, January 13, 2012

♥ nota hawa 5 ♥




Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ukhuwwah buat sahabat-sahabat yang dirindui dan dikasihi kerana Allah sekalian...

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknyAa. (H.R. Tirmidzi)

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keredhaan dan keizinanNya kami

NURUL 'ATIKAH BT ASMUNI & KAMARULZAMAN BIN MAHMAD KHAIRAI

menjemput sahabat-sahabat sekalian ke majlis perkahwinan kami yang bertakhtakan adat dan bersemadikan sunnah Rasul, memadu pertemuan dua hati, mendirikan istana kasih

TEMPAT: NO.2 D-1 RUMAH KAKITANGAN FELDA KERATONG 8, 26900 BANDAR TUN RAZAK, PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA.

TARIKH: 18 FEBRUARI 2012 bersamaan 26 RABIUL AWAL 1433H

HARI: SABTU

MASA: 11.00 AM - 4.00 PM


INSYAALLAH majlis menyambut menantu pula akan diadakan 

TEMPAT: NO 40 LORONG INTAN 1/5 PERAMU JAYA 3 26600 PEKAN PAHANG

TARIKH: 11 MAC 2012

HARI: AHAD

MASA: 11.00 AM - 4.00 PM


“Cinta itu sempurna seperti pohon, akarnya tertanam dalam hati, batangnya kukuh dalam kata, buahnya terkandung dalam perbuatan. Persis seperti iman, tetap dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku." (H.R. Bukhari dan Muslim)


Semoga kehadiran dan doa restu sahabat-sahabat akan menyerikan lagi majlis kami serta diberkati oleh Allah S.W T, InsyaALLAH.

"Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan agamaMu...

Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan."

~Amin Ya Rabbal 'Alamin~

No comments:

Post a Comment