^___^


Monday, April 9, 2012

"dah,ape faedah dia cakap camtu?"

Bismillah...:)

panjang pulak tajuk kali ni..:)

agak lama membiarkan laman ini tanpa sebarang jejak. banyak je cerita yang hendak dikongsi. tapi...kemalasan utk menaip.huu

tapi hari ini tiba2 terpanggil untuk menulis kembali..sebeb zauji yang suruh.=p dan di sebabkan juga 1 perkara yang tak sedap didengar datang kepada saya petang tadi.huhu

pertama-tamanya saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada akak ipar dan biras saya di atas nikmat dan kurnia Nya kepada kalian berdua. :) kami seluruh ahli keluarga sangat berlapang dada dan bergembira atas 'bisyarah' ini. tak sabar rasanya menanti kedatangan ahli2 baru...:)

kepada kakngah....cepat2 la dapat ea?hehe bak kata zauji kpd mak mertua, 'syaratnya kene 3 orang.dulu eisya, yiyin n soleh.. yang ni kene 3 orang jugak. jangan sampai anak kite yang lahir dulu.haha =p'



bukak cerita lain pulak ea...

sekarang ni kalo terserempak atau terjumpe dengan kawan-kawan, mesti 2 perkara ni akan ditanya dan dicakap. tapi yang ni bukanlah perkara yang tak sedap didengar. saya ok je lagi kalo pasal hal yang ni.dapat jugak lagi untuk menerima dengan lapang dada walaupun kdg2 sesak jugak nafas ni nak menerima.hoho

ok 2 perkara yang orang akan cakap n tanya :

"'eh tikah..da makin berisi la.."

"tikah nampak berisi sekarang. da ada isi ke?" erk! >.<

" tikah, montel da nampok"

"tikah, bape bulan dah?"

"eh tikah...bla bla bla bla......."

sentap! =p

haha mane tak nye kakak2 oi..saya dah naik 5 kg pas 3 minggu kawin hari tu! sekarang ni tengah cuba nak kurus balik.n_n doakan la saya ye!

agaknya sebab bahagia sangat kot pas kawin ni. ~__^ mane tak nye, pas kawin ni bape kali je jejak kaki kat cafe safiyyah. tiap2 hari mesti nak makan same2 dgn en suami. makan pulak makanan yang berat2. huhu

panjang pulak membebel...:p

hidup ini ada pasang surutnya. ada warna-warninya. tak semestinya seronok memanjang. kadang2 kita dihujani dengan serangan yang tidak semena-mena menyakitkan hati lebih2 lagi perkara tersebut kita TIDAK PERNAH buat. saya ulangi, TAK PERNAH buat.

sepanjang saya hidup ni, ini kali yang ke-4 seingat saya, saya didatangi dengan perkara yang sangat menyakitkan hati saya. dengan kata lainnya 'fitnah'. mungkin itu agak kasar utk didengar. sebab tu saya x guna bahasa itu.

hmm.. mungkin saya ni jenis yang mudah sakit hati. yela, sebab kita memg tak buat benda tu kan. lain la kalau kita betul buat benda tu. tak patut la tibe2 kite nak marah2.huhu bagi orang yang dah biase kene camni, diorang releks je. siap bleh gelak2. tak macam saya. terus gelabah..huk3

saya tanya zauj, "abang, kita pernah ke naik motor sama2 sebelum kawin???"

zauj cakap,"hah, tak pernah!"

"ada orang nampak kita naik motor sama2 sebelum kawin hari tu.." :'(

zauj x pernah gelabah... tenang dia menjawab...

"dah ape faedah dia cakap macam tu? hehe"

saya tak kesah kalau orang tu nak cakap camtu. yela, mybe dia tersalah pandang ke..bleh dimaafkan lagi.. tapi saya sangat kesah kalau dia sebar2kan cerita yang tak benar. TAK BENAR..

saya ingat lagi, kali pertama saya naik motor dengan zauj masa hari rabu mlm nak pergi kelas parenting. tu la kali pertama kami naik motor sama2. masa 2 roomate saya, che ram ada kat bawah tengok.

ingat lagi masa tu. malam tu jugak la kali pertama pusing2 uia naik motor. masuk mahalah salahuddin amik helmet zauj. then pergi mahalah safiyyah, amik helmet saya yang baru dibeli. masa kat gate makguard tanya, "nak gi mana dik?" "nak amik helmet jap, nak g isi minyak motor" ( nasib baik makguard tu tahu yang kami dah kawin).

malam tu jugak lah tiba2 polis buat roadblock. bapak cuaknye! festime naik moto sama2 dah kene tahan polis.haha nasib baik lepas....

hmm..sedihnya hati ni kalo ada orang yang pandang serong..

mungkin ada yang akan kata begini..

"apa la dia tu..nama je budak IRK..tapi naik moto ngn laki..."

"bla bla bla bla bla...."

:'(

semoga yang benar itu tetap benar. tidak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka~

bertenanglah duhai hati. :)

tikah as
mahallah safiyyah
iium

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

1 comment:

  1. salam kpd adikku atikah asmuni,
    moga allah memelihara adikku dengan rahmatNya yg terlalu banyak dan cintaNya yang melimpah ruah buat hamba-hambaNya.. Secebis cuma amal ibadah kita, tetap dibalas dengan penuh cinta olehNya..allahh.. mana lg nikmat yg harus kita dustakan?(55:13)

    komen disini sedikit panjang..tp atas dasar kasih sayang saudara seakidah, akak nak jugak tulis! ^__^

    first tahniah buat zaujah pemilik syurga, Atikah asmuni kerana telah dianugerahkan allah satu lorong, satu jalan kemudahan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Satu lorong untuk menuju cintaNya. Satu lorong untuk menggandakan amal kepadaNya iaitu melalui pernikahan.

    Keduanya, dengan penuh rendah diri kuakui, kakakmu ini bknlah orang terbaik untuk menulis tentang cinta kepada Allah dan RasulNya hatta makhlukNya. Tetapi atas dasar kasih sayang seorang saudara yang mencintaimu kerana Allah, ingin kutitipkan beberapa pesanan dan bekalan. Anggap sajalah Ia pesanan seorang pencinta Allah kepada saudaranya.

    Adikku sayang,

    Sorotilah rentetan seerah Nabawiyah dengan hatimu dan jadikanlah ia sebagai kekuatan kepadamu duhai zaujah pemilik syurga,

    Adikku,
    Berbahagialah dikau andai mampu menjadi seperti Khadijah pendokong dakwah zauj tercinta.. Sedari awal Khadijah yang kaya, cantik,bangsawan rela menginfaqkan segalanya untuk digunakan oleh rasulullah s.a.w bagi menyempurnakan agamaNya. Sehingga wafatnya saidatina yang mulia kerana kekurangan makanan, harta dan akibat tekanan boikot pihak quraisy durjana.

    Adikku,
    Bersabarlah dikau andai diuji seperti Asiah pemilik istana khas disyurga. Bersabar dan berhelah dalam mempertahankan aqidahnya semata. Sehingga akhirnya dihidangkan dengan kematian ditangan suami sendiri, mujahidah asiah rela demi Allah semata.

    Adikku,
    Bersabarlah andai dikau dihidangkan fitnah oleh orang-orang yang dengki dengan tingkatan imanmu kini. Sorotilah kisah Saidatina Aisyah yang mulia. Difitnah menduakan Rasulullah. Difitnah bersama Sufian sahabat baginda. Allahhhh…Bukankah itu berat bagi sekalian hamba yang sangat mencintai allah dan rasulNya, apatah lagi empunya diri Aisyah yang sedang menderita dalam fitnah yang membunuh segala rasa dan bahgia.

    Sorotilah kisahnya dalam surah cahaya. Surat cinta Allah khas buat kita, wanita dan pengajaran teragong oleh Allah buat sekalian hambaNya.

    Sekali lg, sorotilah seerah dalam surah cahaya(surah annur).. kelak kan kau dapati tiada apa-apa dengan ujian picisan dunia.. Sebentar Cuma..

    Kejarilah mustawa(level) iman kita dimata Allah instead of manusia. Kejarilah pandangan Ilahi dan tidak manusia..

    Utk menghadapi fitnah itu sebagaimana saidatina Aisyah yang mulia,biarkanlah air itu tenang dengan sendirinya setelah dikocak-kocak oleh tangan manusia. Biarkanlah fitnah itu ditutup oleh Allah setelah kau sabar dalam melaluinya..

    Semoga Allah beri kekuatan buatmu untuk terus melangkah dalam mencari redhaNya..amin

    Bersabarlah dengan dunia yang hanya mainan sebentar Cuma(57:20)

    Jazzakillahukhairan kasira,
    Dari kakak yg mencintaimu kerana Allah
    mumtazah

    ReplyDelete