^___^


Wednesday, August 18, 2010

RAMADHAN KAREEM~

"kau bulan kerinduan
hadirmu amat dinanti
dirimu membentang samudera keampunan
bernaung kasih tiada tepian" 

"Ya ALLAH...
berikanlah keberkatan kepada kami
pada bulan Rejab dan Syaaban
serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

Ya ALLAH ya TUHAN kami
sesungguhnya bulan yang berkat ini
yang diturunkan al-Quran
dan dijadikan sebagai petunjuk
kepada semua manusia
serta sebagai penerangan
kepada petunjuk dan kebenaran.

bulan ini telah tiba
maka sejahterakanlah kami di dalamnya
dan sejahterakanlah bulan ini utk kami.

ya ALLAH ya TUHAN kami...
kami memohon kepada-MU
utk memberikan kami jalan kebaikan
menghindarkan kami dari jalan keburukan
yang ENGKAU tidak suka kepadanya
wahai TUHAN yang Maha Mengasihi
dan yang Maha Pengampun.."



KELEBIHAN BULAN RAMADHAN DAN ORANG YANG BERPUASA

ALLAH S.W.T. telah mensyariatkan dan mewajibkan puasa ke atas umat Islam kerana ia mengandungi pelbagai manfaat, keberkatan dan ganjaran. ALLAH s.w.t. juga telah memuliakan bulan Ramadhan dgn menjadikan puasa sbg satu ibadat dan rukun islam ke-3.

Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan kedatangannya amatlah dinanti-nantikan. Ini kerana umat islam dapat menggandakan amal ibadat dan bertaqarrub kpd ALLAH s.w.t demi keredhaan serta ganjaran yang telah dijanjikanNYA.dengan ini jelaslah bahawa puasa Ramadhan membuatkan seseorang hamba akan lebih mementingkan kehendak Penciptanya drpd kemewahan peribadi sendiri.


di antara kelebihan lain ialah puasa juga amat hampir dgn akidah krn ia dpt meningkatkan keimanan dan ketaatan kepadaNYa. Ia juga dpt menguatkan serta mendekatkan lagi hubungan kita dgn Yang Maha Esa. Selain itu, kita juga dpt membuktikan kehambaan dan memenuhi tanggungjwb yang sempurna kpd Allah melalui kepatuhan kita kpd suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Puasa juga mampu mendidik jiwa, membelai perasaan serta memberikan nilai kesihatan pada badan secara amnya dan sistem pencernaan secara khasnya. kelebihan puasa yang lain ialah dpt mewujudkan nilai kemasyarakatan atau sosial yang baik. mereka yang lemah dan miskin dpt dibantu dgn diberikan atau disedekahkan makanan serta sumbangan drpd pihak yg berkemampuan.Ganjaran bersedekah adalah berlipat kali ganda berbanding bulan2 lain.

orang yang berpuasa bererti diperintahkan kpdnya utk bertakwa kpd Allah yakni dgn mengerjakan perintah dan menjauhi laranganNya serta ikhlas lillahi taala. inilah tujuan sebenar pensyariatan puasa.firman Allah s.w.t. yg bermaksud:

"hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kalian agar kalian bertakwa"- al-Baqarah:183

diantara hikmah puasa yang lain ialah melatih seseorang menguasai nafsu dan berdisiplin mengatur jiwanya. hal ini bertujuan agar mereka mampu memimpin jiwa demi meraih kebahagiaan didunia dan akhirat serta dpt menjauhi sifat2 keji.



CHEKLIST RAMADHAN ANDA!

  • qiamullail
  • tadarus al-Quran
  • tilawah al-Quran
  • hafazan al-Quran
  • al-mathurat
  • solat berjemaah
  • solat sunat tarawih
  • solat sunat rawatib
  • solat sunat dhuha
  • melewatkan sahur
  • awalkan berbuka
  • sujud syukur
  • berzikir
  • sedekah
  • ziarah
  • sebarkan salam
  • hadiri majlis ilmu
  • bersifat mahmudah
  • jauhi mazmumah
  • iftar jamaie
  • sampaikan ilmu
  • iktikaf

Ya ALLAH...
janganlah ENGKAU jadikan puasa ini sbg
puasa yang terakhir dalam hidupku.
seandainya ENGKAU menetapkan sebaliknya
maka jadikanlah puasaku ini
puasa yang dirahmati
bukan sia-sia..


lubna,
ghurfati mahallah safiyyah,
8 ramadhan 1431H
12.13 a.m.

No comments:

Post a Comment